Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Kemasukan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Sesi 2022

Kemasukan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI
Kemasukan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI

Permohonan Kemasukan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) JAWI bagi sesi 2022 adalah untuk murid Tahun 1 akan dibuka mulai 12 April sehingga 23 April 2021 secara atas talian (online). Ibu bapa yang berminat boleh mengemukakan permohonan mengikut cara permohonan yang kami kongsikan di bawah artikel ini.

Kemasukan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI

Sekolah Rendah Agama JAWI (SIRAJ) terletak di Cheras, Kuala Lumpur merupakan sekolah di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).

SIRAJ adalah merupakan sebuah sekolah yang melaksanakan sistem pendidikan dwikurikulum dimana ia menerapkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA). Tujuan utama penubuhannya ialah memberi kelengkapan kepada pelajar yang berlandaskan agama Islam dan memberi juga penekanan dari segi akademik.

Maklumat Penting Permohonan

Perhatian untuk semua ibu bapa yang berminat untuk mendaftar anak mereka berumur 7 tahun di Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) boleh mengikut panduan pendaftaran seperti dibawah.

Tarikh Penting Permohonan

  • Tarikh pendaftaran dibuka : 12 April 2021
  • Tarikh pendaftaran tutup   : 23 April 2021

Cara Permohonan SIRAJ 

Pendaftaran murid Tahun 1 ke Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) boleh dikemukakan secara atas talian.

  1. Secara atas talian (online)

Bagi memudahkan ibu bapa membuat proses permohonan ketika pandemik ini, mereka perlu mengemukakan permohonan secara atas talian. Ibu bapa perlu mendapatkan QR KOD melalui:-

2. Ibu bapa atau penjaga boleh mengimbas QR KOD seperti dalam iklan di bawah dan isikan maklumat diri yang lengkap seterusnya menekan butang hantar.

QR KOD
Kemasukan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI
QR KOD JAWI
Kemasukan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI

Carta Alir Permohonan Tahun Satu SIRAJ 2022

Kami kongsikan bagi rujukan kepada ibu bapa atau penjaga untuk mengetahui tarikh-tarikh penting dan perkara penting sepanjang permohonan kemasukan ke Sekolah Integrasi Rendah Agama (SIRAJ). Dibawah ini adalah Carta Alir Proses Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 SIRAJ sesi 2022.

Carta Alir SIRAJ
Kemasukan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI

Tarikh Hadir Ujian UK1S

  • Tarikh Ujian: 08 Mei 2021 (Sabtu)

Semakan Keputusan UK1S

  • Tarikh Semakan: 14 hingga 18 Jun 2021 (tertakluk kepada sebarang perubahan)

Rayuan Permohonan (Calon Tidak Berjaya)

  • Tarikh rayuan: 28 Jun sehingga 2 Julai 2021

Keputusan Rayuan Permohonan (melalui emel)

  • Tarikh Semakan : 26 Julai hingga 30 Julai 2021

Lokasi-lokasi Sekolah SIRAJ 

  1. Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman bin Affan
  2. Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Al Alusi
  3. Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abu Dzar Al Ghifari
  4. Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibnu Abbas

Maklumat Lanjut

  • Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan murid Tahun 1 ke Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), boleh klik pada pautan di bawah:

Perkongsian Kemasukan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI

Semoga artikel kami ini Permohonan Kemasukan Sekolah Integrasi Rendah Agama (SIRAJ) JAWI 2022 dapat membantu dan memberi rujukan kepada ibu bapa atau penjaga untuk mendaftarkan anak ke Sekolah Integrasi Rendah Agama (SIRAJ) JAWI. Diharap anak-anak kecil akan memperoleh didikan agama yang terbaik dan juga akademik agar menjadi pelapis negara yang bersahsiah, beramanah dan berakhlak mulia kelak.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati