Penting : Semakan & Kemaskini Maklumat BKM Fasa 3 Anda Sebelum Tarikh Tutup 30 Ogos 2022

semak kemaskini bkm fasa 3

Penting : Semakan & Kemaskini Maklumat BKM Fasa 3 Anda Sebelum Tarikh Tutup 30 Ogos 2022. Untuk sedia maklum kepada semua, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa ke 3 akan mula disalurkan pada bulan September 2022 nanti. Pihak Kerajaan telah membuka semula skrin untuk kemaskini maklumat penerima BKM bagi tujuan memudahkan proses pembayaran pada Fasa 3 bulan hadapan.

Dalam usaha kerajaan terus menerus komited membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Pusat atau Negeri.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia merupakan bantuan yang masih berjalan sehingga hari ini. Ini merupakan bukti kerajaan Malaysia amatlah prihatin kepada rakyat Malaysia.

Pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telah pun dilaksanakan pada bulan Mac dan Jun lalu dengan jumlah bayaran mengikut setiap kategori penerima. Berikut pula adalah maklumat lanjut berkenaan BKM Fasa 3.

Penting : Semakan & Kemaskini Maklumat BKM Fasa 3 Anda Sebelum Tarikh Tutup 30 Ogos 2022

BAGAIMANA UNTUK KEMASKINI MAKLUMAT BKM ANDA?

Khas Kepada penerima bantuan BKM, anda boleh membuat kemaskini semula maklumat sekiranya terdapat perubahan atau penambahan maklumat seperti berkenaan gaji semasa, bilangan tanggungan anak dan maklumat seperti nombor telefon serta nombor akaun bank.

BAGAIMANAKAH CARA MUDAH UNTUK KEMASKINI MAKLUMAT BKM ANDA?

Untuk makluman kepada umum, kemaskini maklumat BKM telah dibuka bermula 10 Ogos sehingga 30 Ogos 2022. Anda boleh membuat pengemaskinian data maklumat anda dengan mudah secara online (atas talian).

Sila layari portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia dan log masuk akaun anda dan tekan pada bahagian kemaskini di pautan rasmi Bantuan Keluarga Malaysia–

Laman Web Rasmi BKM

JADUAL PEMBAYARAN BKM

Disini dimaklumkan bahawa pembayaran BKM akan melalui 4 fasa semuanya sekali, di bawah telah disediakan jadual pembayaran BKM mengikut fasa pada tahun 2022 seperti berikut:

    • FASA 1 bermula 28 Mac 2022 secara berperingkat (Selesai)
    • FASA 2 bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat (Selesai)
    • FASA 3 bermula September 2022 dan pembayaran dijangkakan akan bermula sama seperti fasa 1 & 2 iaitu pada penghujung bulan
    • FASA 4 akan bermula pada bula Disember 2022 (Tarikh belum diumumkan.

Maklumat Pemberian Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) Bagi Fasa 3

Berapakah Kadar BKM Fasa 3?

Berikut disenaraikan kadar bantuan BKM yang diberikan mengikut golongan:

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1-2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1-2: RM100
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM500
    • Bilangan anak 1-2: RM600
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM700
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM400
    • Bilangan anak 1-2: RM400
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1-2: RM800
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1-2: RM600
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM600

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah BKM Fasa 3: RM150

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah BKM Fasa 3: RM150

Bilakah Tarikh Bayaran Bagi BKM Fasa 3?

Berkenaan pembayaran BKM Fasa 3, ia akan dijangka dilaksanakan pada bulan September 2022. Namun begitu, bagi penetapan tarikh rasmi pembayaran secara tepat masih belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dan pihak kami akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Di Tahun 2022