Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kes Pelajar 2022 : “Adik saya di dera!” Kes Pelajar di Dera di Madrasah Maha Zalim l Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan!

kes dera 1

“Adik saya di dera!” Kes Pelajar di Dera di Madrasah Maha Zalim l Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan!. Tular kini mengenai kes penderaan yang dipercayai timbul disebuah madrasah. Keadaan ini bermula tular menerusi media sosial, Twitter.

Kes ini menjadi hangat dan mendapat perhatian netizen-netizen berikutan kejadian ini merupakan kes melibatkan penderaan ala-ala ‘militan’. Panas di ruang thread twitter tersebut dengan komen-komen para netizen yang sedih, marah dan tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut.

“Adik saya di dera!” Kes Pelajar di Dera di Madrasah Maha Zalim l Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan!

Bermulanya cerita melalui sebuah hantaran di Twitter dari akaun yang bernama ‘hafiz ayub’. Beliau menceritakan bahawa adik beliau telah didera dan diseksa dengan penderaan ala militan. Hal ini dijelaskan oleh beliau melalui satu thread twitter yang panjang.

twit 1
Kes Pelajar

Hafiz menceritakan dia dan keluarga menghantar adik ke madrasah tersebut untuk berubat memandangkan adik beliau mempunyai gangguan.

Menurut hafiz ayub, untuk menghantar adik, dia dan keluarga perlu menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Madrasah. Syarat yang ditetapkan oleh pihak Madrasah ialah meminta keluarga untuk tidak melawat adik dalam tempoh 4 bulan, Pada mulanya mereka tidak mengesyaki apa-apa kerana yakin dengan pengurusan pihak madrasah.

Mula Berasa Curiga..

Kami tidak mengesyaki apa2 sehingga laa pada hari jadi adik saya, keluarga saya ada menghantar kek dan makanan utk semua penghuni madrasah 150 org ketika itu. Kami amat terkejut melihat keadaan adik yg kurus susut badan dan hitam rentung, seperti kena jemur tengah panas terik

Menurutnya, beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan madrasah. Mana tidaknya, adik terlihat perubahan pada sosok badannya yang mengurus.Hal ini menimbulkan rasa tidak sedap hati pada hafiz.

Warden Halang Jumpa Adik Sebab Mengganggu Rawatan Adik..

Cubaan seterusnya hafiz menghantar lagi makanan untuk adik, namun dihalang oleh warden kerana boleh mengganggu rawatan adik. Keadaan ini menimbulkan lagi kecurigaan kepada keluarga hafiz.

Pada minggu berikutnya, Hafiz berkeras untuk berjumpa dengan adik dan warden membenarkan. Tetapi warden mengelilingi adik kerana nak dengar ape yang adik  bakal cakap. Mak  tarik adik  ke kereta tetapi warden tersebut masih nak ikut berdekatan.

”Mak saya berbisik ckp mereka ade pukul tak adik saya hanya mengangguk kepalanya. Selang beberapa minggu kami pergi lagi ke sana tapi kali ini dengan hasrat nak keluarkan adik saya.”

Adik Tidak Dibenarkan Keluar Dan Perlu Bayar Pampasan RM11,970 Untuk Dikeluarkan..

Mereka tidak membenarkan adik hafiz dikeluarkan, dan mereka meminta pampasan sebanyak RM 11,970! untuk keluarkan kerana dikatakan hafiz dan sekeluarga dah langgar perjanjian.

Mereka membuat laporan polis, polis peronda datang pada malam tu tapi kata tidak boleh berbuat apa kerana perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.

Cubaan Mereka Melarikan Adik..

Selang beberapa hari mereka datang semula ke madrasah, sebelum memasuki madrasah itu, mereka tunggu di satu simpang. Kehadiran mereka telah diketahui pihak madrasah.

Rupa-rupanya,mereka telah cuba untuk membawa adik  memasuki kereta! dan bawa lari namun gagal… kerana adik terlebih dahulu memanggil mak yang baru tiba di perkarangan madrasah tersebut. Jadi mereka pergi mengililingi adik dan ustaz menyuruh mereka masuk untuk berbincang.

Keadaan Kecoh Mula Berlaku..

twit 2
Kes Pelajar

Polis Tiba Untuk Mengeruhkan Keadaan..

Kemudian mereka membawa adik ke dalam kereta mereka untuk ke balai polis. Dalam perjalanan itu polis berjaya menahan mereka kerana didakwa membawa lari adik.

twit 3

Tiba sahaja di IPD Shah Alam, kami membuat laporan polis. Adik dan mak saya dipanggil untuk memberi keterangan. Polis membenarkan adik saya dibawa pulang bersama ahli keluarga kerana madarasah tidak mempunyai hak untuk menahan adik saya.

Adik menceritakan Cerita Sebenar..

Selepas adik yakin bahawa dia sudah selamat baru dia ceritakan pengalamannya di dera dan di buli di dalam madrasah. Antara jenis kecederaan dan penderaan yang adik alami adalah seperti berikut:-

photo1664037873
Kes Pelajar
photo1664037873 1
Kes Pelajar

Apa Sudah Jadi Dengan Sistem Pendidikan Di Madrasah As-Solihin?

Berita tergempar yang terjadi di Madrash As-Solihin menimbulkan banyak tanda tanya. Bukan satu madrash sahaja yang terpalit malah akan ramai lagi orang akan berfikiran negatif dengan sistem madrasah.

photo1664039332
Kes Pelajar

Mana tidaknya, banyak perkara ‘pelik’ yang berlaku di madrasah tersebut. Sepatutnya pelajar-pelajar dibimbing dan dilindungi. Namun sebaliknya pula yang berlaku. Lagi gambar perkongsian ‘gila’ warden dibawah, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan madrasah.

Diharapkan pihak berwajib untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan keatas madrasah tersebut. Kes ini amat meruntun jiwa seandainya benar dakwaan ramai kes pelajar yang diseksa dan didera. Tempat pengajian ilmu sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati