Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

KPM Perlu Wujudkan 5 Pembantu Guru Bagi Menguruskan Hal Perkeranian Guru l Setuju Atau Tidak?

IMG 20221024 115251 656

KPM Perlu Wujudkan Pembantu Guru Bagi Menguruskan Hal Perkeranian Guru l Setuju Atau Tidak? Saban hari kita mendapat khabaran mengenai isu pendidikan yang sedang hangat diperbincangkan di dalam media sosial. Isu pendidikan negara merupakan isu yang perlu dititikberatkan oleh pelbagai pihak. Ini adalah kerana pendidikan negara merupakan teras utama dalam membina bangsa Malaysia yang berjaya.

Tugasan harian sebagai seorang guru sememangnya mencabar, guru mempunyai tugas hakiki iaitu mengajar anak-anak di sekolah. Selain itu, guru juga perlu menyiapkan tugasan-tugasan perkeranian yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan Malaysia. Sebenarnya isu tugasan perkeranian menimbulkan banyak persepsi di dalam kehidupan sebagai seorang pendidik. Ini adalah kerana ramai cikgu-cikgu yang meluahkan terasa terbeban dengan kerja-kerja selain daripada mengajar di sekolah. Apakah solusi yang sepatutnya diambil untuk menagani masalah di kalangan guru-guru?

KPM Perlu Wujudkan Pembantu Guru Bagi Menguruskan Hal Perkeranian Guru l Setuju Atau Tidak? 

Kenapa Kita Perlukan Pembantu Guru?

Untuk makluman semua, KPM pernah mencadangkan mewujudkan jawatan pembantu guru pada tahun 2018. Menurut menteri pendidikan ketika itu,Dr.Maszlee Malik,cadangan mewujudkan pembantu guru adalah untuk membantu guru-guru yang terbeban dengan kerja-kerja sampingan berkenaan dan mengganggu mereka melakukan tugasan hakiki untuk mengajar di sekolah masing-masing.

Usaha kerajaan ketika itu komited untuk membantu guru-guru yang terbeban dengan kerja-kerja sampingan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membuat tindakan dan inisiatif bagi membantu meringankan beban guru.

Mengapa Wujudnya Kerja-Kerja Sampingan Guru?

Berkenaan kerja-kerja sampingan guru, sememangnya dari dulu lagi guru-guru perlu untuk sentiasa bersedia untuk menyiapkan tugas-tugas sampingan seperti mengisi data pelajar, rekod kehadiran , keputusan peperiksaan dan lain-lain.

Kerja-kerja ini sebenarnya merupakan suatu yang penting bagi kerajaan bagi mengukur tahap dan aspek-aspek penting dalam pendidikan negara. Namun, kerja-kerja sampingan ini terasa membebankan kepada para guru kerana terdapat perubahan-perubahan dari segi silibus dan lain-lain.

Pembantu Guru : Inisiatif Untuk Memudahkan Urusan Guru-Guru

Cadangan bagi membantu guru sememangnya sudah lama dikaji dan ada yang sudah dilaksanakan. Kebajikan guru juga perlu dilihat dari pelbagai aspek supaya tugasan guru akan menjadi lebih mudah dan objektif pengajaran akan tercapai.

Pembantu guru merupakan satu inisiatif yang dilihat berkesan untuk membantu meringankan tugas seorang guru. Buruk ini banyak yang dihimpit dengan pelbagai kerja perkeranian sehingga mengetepikan tugas sebenar seorang guru adalah mengajar kepada anak murid. Tidak salah untuk memikirkan bagaimana membantu meringankan guru kerana guru adalah merupakan seorang insan yang biasa, mereka juga ada merasakan penat dan lelah dalam melakukan tugasan harian.

Bagaimana Kerajaan Boleh Melaksanakan Inisiatif Mewujudkan Pembantu Guru?

Kerajaan mestilah peka dengan keadaan yang melanda para guru. Kajian juga mendapati ramai guru yang mengambil keputusan untuk bersara awal dan antara faktornya adalah berasa tertekan dengan tugasan harian seorang guru.

Kerajaan perlu melaksanakan mewujudkan pembantu guru bagi melancarkan tugasan hakiki seorang guru. Sepertimana yang telah dikemukakan oleh menteri pendidikan pada tahun 2018 yang mencadangkan pembantu guru boleh diwujudkan dengan kerjasama dari pelbagai pihak.

Menurut doktor Mazli Malik yang ketika itu menyandang sebagai menteri kanan pendidikan beliau menegaskan untuk mengemukakan cadangan mewujudkan pembantu guru dan akan melakukan kajian serta kerjasama bersama NUTP.

Jadi kita berharap agar kerajaan meneruskan atau memperbaharui cadangan pelaksanaan mewujudkan pembantu guru di sekolah-sekolah. Guru-guru amat memerlukan cadangan kerajaan untuk membantu meringankan beban mereka.

Pembantu Guru
Pembantu Guru

Kerajaan Perlu Utamakan Keperluan Para Guru

Luahan guru patut didengari oleh kerajaan supaya tugasan Guru mendidik anak bangsa menjadi mudah dan tercapai matlamat sistem pendidikan negara. Di bawah kementerian pendidikan negara, Kerajaan perlu merangka sesuatu untuk memastikan kelangsungan pendidikan negara.

Antara faktor utama kenapa pembantu guru sudah menjadi keperluan ialah:

  1. Terlalu banyak kerja pengkeranian menyebabkan guru hilang fokus dalam pedagogi.
  2. Pembantu boleh membantu didalam bilik darjah yang terlalu ramai murid.
  3. Mengelakkan berlakunya masalah pengurusan dan pengkeranian disekolah.
  4. Kerani berwajib tidak perlu bantu guru sebaliknya fokus kepada kerja hakiki masing-masing sahaja.
Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati