Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan BWE : Bantuan Secara Elaun Bulanan Sejumlah RM500 l Rujuk Segera Kelayakan Anda

bantuan BWE 2022

Bantuan BWE : Bantuan Secara Elaun Bulanan Sejumlah RM500 l Rujuk Segera Kelayakan Anda. Bantuan berbentuk elaun khas kepada rakyat Malaysia yang layak. Tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Dibawah badan kerajaan JKM, bantuan akan disalurkan kepada mereka yang menepati kriteria seperti mana ditetapkan dibawah.

Dalam usaha untuk membaik kehidupan rakyat Malaysia, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa menambah baik usaha-usaha menjaga kebajikan masyarakat Malaysia. Bagi mengetahui bantuan khas secara elaun  bulanan dari JKM, anda boleh merujuk maklumat dibawah.

Pengumuman Terbaru : Bantuan Kewangan JKM Dinaikkan Oleh Kerajaan Malaysia l Bantuan Khas Kepada Rakyat Malaysia l Mohon Dan Semak Kelayakan Anda!

Bantuan BWE : Bantuan Secara Elaun Bulanan Sejumlah RM500 l Rujuk Segera Kelayakan Anda

Apakah Itu Bantuan BWE Dari JKM?

Bantuan Warga Emas (BWE) merupakan bantuan sebanyak RM500 diberi secara bulanan kepada mereka yang dari golongan warga emas. Tujuan pemberian bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti kita yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat.

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon Bantuan BWE?

Sumbangan bantuan elaun sebanyak RM500 sebulan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah tertakluk kepada kriteria KELAYAKAN KHUSUS seperti yang disenaraikan dibawah:-

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal  di:
  •  Institusi kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
  • ATAU  Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan bantuan BWE, anda boleh merujuk dibawah.

Permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) Bagi Mereka Yang Layak

Bagi mereka yang berminat dan menepati ciri kriteria bantuan warga emas yang ditetapkan oleh JKM, anda layak untuk membuat permohonan segera.

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan bantuan daripada JKM. Kebiasaanya bantuan JKM akan diberikan secara elaun bulanan.

Cara Memohon Bantuan BWE Dari JKM 

Bagi anda yang betul-betul memerlukan bantuan ini, anda dikehendaki terus ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang dibuat akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:

  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • salinan penyata gaji (jika ada)
  • lain-lain dokumen yang berkaitan

Anda boleh download borang berkaitan dibawah ini:

borang permohonan bantuan jkm

Download borang permohonan bantuan JKM :

KM 18 (Borang Permohonan Bantuan)

Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 :

Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

“Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) ,Jabatan Cakna Rakyat Malaysia”

Bantuan kewangan JKM kepada rakyat Malaysia daripada kerajaan kepada khusus golongan yang berkelayakan merupakan tanda kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang prihatin tanpa mengira jenis golongan, Golongan Orang kurang upaya layak dibantu dan diberi perhatian dikalangan masyarakat juga. Usaha pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) yang terus menerus membantu dari segi kewangan dan kebajikan kepada masyarakat Malaysia harus dipuji.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati