Bantuan Keluarga Malaysia: Jumlah,Tarikh Bantuan BKM Fasa 3 Yang Akan Dibayar Bulan Depan

 

bkm fasa 3 bulan depan

Bantuan Keluarga Malaysia: Jumlah Bantuan BKM Fasa 3 Yang Akan Dibayar Bulan Depan. Dalam usaha kerajaan komited membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Pusat atau Negeri.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia merupakan bantuan yang masih berjalan sehingga hari ini. Ini merupakan bukti kerajaan Malaysia amatlah prihatin kepada rakyat Malaysia.

Pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telah pun dilaksanakan pada bulan Mac dan Jun lalu dengan jumlah bayaran mengikut setiap kategori penerima. Berikut pula adalah maklumat lanjut berkenaan BKM Fasa 3.

Berapakah Kadar BKM Fasa 3?

Berikut disenaraikan kadar bantuan BKM yang diberikan mengikut golongan:

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1-2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1-2: RM100
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM500
    • Bilangan anak 1-2: RM600
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM700
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM400
    • Bilangan anak 1-2: RM400
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1-2: RM800
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1-2: RM600
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM600

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah BKM Fasa 3: RM150

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah BKM Fasa 3: RM150

Bilakah Tarikh Bayaran Bagi BKM Fasa 3?

Berkenaan pembayaran BKM Fasa 3, ia akan dijangka dilaksanakan pada bulan September 2022. Namun begitu, bagi penetapan tarikh rasmi pembayaran secara tepat masih belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dan pihak kami akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Cara Untuk Membuat Semakan Pembayaran BKM

Cara Membuat Semakan Pembayaran BKM Bagi Fasa 3

Untuk makluman kemudian nanti, semakan status pembayaran BKM Fasa 3 anda boleh lakukan dengan mudah dan adalah anda disarankan untuk menyemak status permohonan anda terlebih dahulu melalui pautan dibawah:

  Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia

Cara-cara untuk membuat semakan pembayaran BKM fasa 3:-

  1. Sila log masuk akaun anda di Bantuan Keluarga Malaysia
  2. Masukkan Nombor MyKad, Pastikan anda masukkan nombor mykad anda dengan betul.
  3. Tekan butang “Semak”
  4. Pengesahan “Kata Kunci Keselamatan” yang telah didaftarkan
  5. Masukkan “Kata Laluan” anda
  6. Maklumat status bayaran anda akan dipaparkan pada skrin.

Kaedah Bayaran BKM Fasa 3

Pembayaran BKM Fasa Kedua akan diberikan secara berperingkat mengikut jenis penerima iaitu seperti berikut :

    • Bagi penerima BKM yang mempunyai akaun Bank :  pembayaran BKM akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bermula tarikh rasmi dalam bulan September yang akan kerajaan umum nanti.
    • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank : penebusan bayaran BKM Fasa 3 boleh dituntut melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) kemungkinan bermula dalam bulan September.

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Di Tahun 2022