Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kekosongan Jawatan di Kolej Poly Tech MARA (KPTM) 2021

Jawatan di Kolej Poly Tech MARA
Jawatan di Kolej Poly Tech MARA

Kekosongan Jawatan di Kolej Poly Tech MARA (KPTM) kini dibuka sehingga 10 Mac 2021. Kekosongan ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk bekerja di Alor Setar, Kedah. Mereka haruslah mempunyai kriteria minimum yang ditetapkan.

Jawatan di Kolej Poly Tech MARA (KPTM)

Kolej Poly Tech Mara (KPTM) ketika dahulu dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) ditubuhkan pada September 2003. Ianya dibina untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang berada di bawah kendalian Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA). Bagi visi dan misi Institusi ini pula ialah untuk menjadi Institusi Pendidikan Tinggi yang mempunyai Reputasi Cemerlang, manakala misinya ialah memupuk kecemerlangan pelajar di dalam akademik dan keusahawanan ke tahap optimum. KPTM menawarkan para pelajar supaya menjurus dan fokus ke arah bidang-bidang tertentu seperti:-

  • Teknologi Maklumat
  • Sains Komputer
  • Sains Kesihatan
  • Sains Sosial
  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Kejuruteraan
  • Kemanusiaan DAN
  • Bio-Industri

OBJEKTIF KPTM

  • Mengukuhkan dan memberikan program pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan serta memiliki nilai kebolehpasaran yang tinggi
  • Menghasilkan para pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi, berintegriti dan boleh memberi sumbangan tenaga kepada negara
  • Menyediakan pelbagai kemudahan kepada penuntut dari segi infrastruktur & infostruktur, persekitaran kolej yang kondusif dalam usaha menjalankan program-program dan pembelajaran secara efektif.

Calon yang berpotensi serta berkelayakan dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan amat dipelawa untuk memohon kekosongan jawatan seperti di bawah:

Jawatan yang ditawarkan:

  1. Juruteknik Komputer

Info Jawatan Kosong:

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Mac 2021 (Rabu)

Lokasi : Kolej Poly-Tech MARA Kedah
Majikan : Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd.
Bidang tugas : Bertanggungjawab menyelenggara sistem komputer dalam organisasi

Syarat Kelayakan Pemohon:

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf
  • Mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu dan mesti LULUS (Ujian Lisan) di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Keutamaan diberi kepada sesiapa memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Jawatan sebagai Juruteknik Komputer ini memerlukan calon yang mempunyai kriteria-kriteria berikut, iaitu:

  • Mempunyai integriti yang mantap,sangat komited menjalankan tugas
  • Boleh melakukan penyelenggaraan pencegahan, penyelenggaraan IT untuk organisasi DAN
  • Boleh menyelenggara aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam organisasi

Cara Memohon Jawatan:

  • Calon mestilah mengemukakan permohonan secara atas talian dengan menghantar resume lengkap bersama lampiran dokumen seperti berikut:-
    • 1) Surat iringan permohonan
    • 2) Resume lengkap dan gambar berukuran passport terkini
    • 3) Salinan MyKad
    • 4) Salinan Sijil Kelahiran
    • 5) Salinan sijil akademik (SPM/STPM/Diploma) yang berkaitan
  • Permohonan hendaklah dihantar melalui emel di bawah dan perlu sampai kepada pihak tersebut selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Mac 2021.

Iklan Kekosongan Jawatan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM):

(Pastikan anda rujuk iklan penuh di pautan yang telah disediakan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

Iklan Kekosongan Jawatan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
Jawatan di Kolej Poly Tech MARA
  • Iklan Kekosongan Jawatan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Peringatan & Penafian

Diingatkan kepada anda semua bahawa tempoh sah laku Iklan Kekosongan Jawatan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) hanya tertakluk pada tarikh dan lokasi yang dinyatakan sahaja. Justeru itu, sesiapa yang berminat untuk memohon perlu merujuk dengan teliti tarikh tutup permohonan seperti dinyatakan di dalam artikel ini sebelum menghantar sebarang permohonan. Sekiranya terdapat kesulitan dan permasalahan yang timbul adalah BUKAN bidang kuasa dan tanggungjawab kami.

Jawatan di Kolej Poly Tech MARA
Jawatan di Kolej Poly Tech MARA

Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini kami ada berkongsi beberapa jawatan kosong kerajaan selain Jawatan di Kolej Poly Tech MARA, bantuan kerajaan dan bahan pendidik di Portal kami. Sekiranya anda berminat boleh klik pada pautan yang disediakan di bawah:-

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati