Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi dan Cara-cara Mengurangkan Kolesterol ke Paras Normal

tanda kolesterol tinggi
Tanda-tanda Kolesterol Tinggi dan Cara-cara Mengurangkan Kolesterol ke Paras Normal 5

Adakah anda mengalami tanda kolesterol tinggi? Bahaya kolesterol tinggi jika tidak dikawal ia boleh membawa kepada strok dan serangan jantung. Artikel kali ini menerangkan apakah itu kolesterol tinggi, tanda-tanda kolesterol tinggi, paras kolesterol normal dan cara-cara mengawal paras kolesterol dalam darah.

Apakah itu Kolesterol Tinggi?

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dikenali sebagai lipid. Ia diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat dua jenis kolesterol iaitu HDL iaitu ‘kolesterol baik’ dan LDL iaitu ‘kolesterol buruk’. Kolesterol secara semulajadi merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolesterol kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolesterol dalam pembuluh darah.

80614867 10156592256596237 5863531769596215296 n
Tanda-tanda Kolesterol Tinggi dan Cara-cara Mengurangkan Kolesterol ke Paras Normal 6

Jenis-jenis lipoprotein:

  1. Low density lipoprotein (LDL): Kolesterol buruk
  2. Trigliseride merupakan komponen utama
  3. Very low density lipoprotein (VLDL)
  4. High density lipoprotein (HDL): Kolesterol baik

Low density lipoproteins(Kolesterol Buruk)

Kolesterol buruk (LDL)
Low Density Lipoproteins juga dikenali sebagai (LDL) atau kolesterol buruk kerana mereka mempunyai kecenderongan untuk melekat di dinding arteri. Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol. Peningkatan LDL sering dikaitkan dengan peningkatan risiko sakit jantung. Menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.
435310702 840015134823108 377918040366073559 n
Tanda-tanda Kolesterol Tinggi dan Cara-cara Mengurangkan Kolesterol ke Paras Normal 7

Paras Kolesterol Normal

  1. Total Cholesterol : Bacaan di bawah 200 mg (5.1 mmol / L)
  2. Kolesterol LDL (buruk) : Bacaan di bawah 70 mg (1.8 mmol / L) untuk pesakit yang mempunyai penyakit jantung. Tahap bawah 100 mg (2.6 mmol/L) jika mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular dan bawah 130 mg (3.4 mmol / L) untuk orang normal dan tidak ada faktor risiko.

Tanda-tanda Kolesterol Tinggi

Tanda kolesterol tinggi
1. Sakit pada kaki:
– Ini disebabkan penyumbatan saluran arteri.
– Kolesterol tinggi akan sakit pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki ini terjadi disebabkan tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut.
– Rasa sakit boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, peha hingga ke punggung.
2. Lesu dan migrain:
– Kolestrol yang tinggi menyebabkan lesu dan migrain akan terjadi disebabkan proses metabolisme lemak yang memberi kesan pada sistem pencernaan.
– Makanan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul pada saluran pencernaan.
– Muncul lesu dan bahkan disertai migrain kerana tubuh dalam keadaan kekurangan tenaga.
3. Lebam di beberapa bahagian badan:
– Kolestrol yang tinggi akan menyebabkan lebam di beberapa bahagian badan kerana penumpukan lemak.
– Ketulan ini biasanya muncul di daerah leher, tangan, perut, dan kaki dengan bentuk kecil dan lembut, berdiameter kira-kira satu inci, dan pusat tumor di bawah kulit.
4. Berat badan yang berlebihan:
– Kolestrol yang tinggi menyebabkan kelebihan berat badan.
– Berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak, bahkan berpotensi terhadap obesiti.
5. Kuku menebal dan lambat tumbuh:
– Kolestrol yang tinggi menyebabkan kuku tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat peredaran darah terganggu.
– Kuku menebal dan tumbuh lebih lambat
6. Sakit dada dan betis:
– Ketidakselesaan akibat aterosklerosis pembuluh darah koronari jantung.
– Hal ini berlaku kerana aterosklerosis pembuluh darah di kaki yang menyebabkan penyumbatan di salur darah dan seterusnya menghalang pengedaran darah yang lancar.
7. Strok atau mini strok:
– Darah beku atau pendarahan (salur darah pecah) di bahagian tertentu otak menyebabkan kelumpuhan anggota berlaku.
8. Xanthoma (ketulan kuning pada kulit terutama di sekitar mata):
– Ketulan kuning ini disebabkan oleh penggumpulan lemak dan biasanya menyebabkan kolesterol tinggi dalam darah.
9. Kaki kebas dan bersemut
35240045 1799482616775894 4468143933607641088 n
Tanda-tanda Kolesterol Tinggi dan Cara-cara Mengurangkan Kolesterol ke Paras Normal 8

Cara Menurunkan Kolesterol Tinggi

Diet dan faktor keturunan banyak mempengaruhi terhadap paras HDL, LDL dan total cholesterol seseorang. Diet yang tinggi lemak tepu dan kolesterol meningkatkan paras kolesterol LDL dalam darah. Kebanyakan individu dapat mengawal paras kolesterol tinggi dengan mengikuti saranan berikut:

1. Berhenti merokok
2. Makan lebih produk susu
3. Makan makanan berserat tinggi:
Makan sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan, rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).
4. Menurunkan Berat Badan:
Capai Body Mass Index yang optimum. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut.
5. Senaman:
Senaman 30 minit sehari sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
6. Makan ubat yang disyorkan oleh doktor:
Ubat untuk menurunkan paras kolesterol harus diambil hanya selepas konsultasi doktor.

Soalan FAQs Berkenaan Tanda Kolesterol Tinggi

Apakah kolesterol buruk dalam darah?

LDL

Apakah kolesterol baik dalam darah?

HDL

Apakah makanan yang sesuai untuk kolesterol tinggi?

Makanan serat tinggi seperti sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan, rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati