Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kesan Kembali Telefon Bimbit yang Hilang Walaupun Kad Sim Telah di Tukar

Tips Kesan Kembali Telefon Bimbit yang Hilang Walaupun Kad Sim Telah di Tukar
Kesan Kembali Telefon Bimbit

Bagaimana Kesan Kembali Telefon Bimbit? Tips apabila kehilangan handphone daripada sukarelawan pencegahan dadah Dan jenayah Malaysia(SPDJM) cawangan johor baharu​ jika handhpone hilang.

Tahukah anda jika anda kehilangan telefon bimbit, anda boleh menjejaki kembali. Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon mudah alih kita boleh dicuri pada bila-bila masa.

Setiap telefon bimbit yang dibawa ada keunikan IMEI no. iaitu ​International Mobile Equipment Identity​yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia.

Kesan Kembali Telefon Bimbit yang Hilang Walaupun Kad Sim Telah di Tukar

1. Dail *#06# pada telefon mudah alih anda.

2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan ​15 digit IMEI no.​ yang unik.

3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah Nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.

4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu ​E-mail 15 digit No. IMEI kepada [email protected]​ beserta butiran seperti di bawah.

Nama anda: 
Alamat: 
Model telefon:
Buatan:
No. terakhir digunakan:
E-mel untuk dihubungi:
Tarikh hilang:
IMEI No:

5. Tidak perlu pergi ke balai polis.

6. Telefon Mudah Alih Anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet, Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.

Kenali Apa Itu Nombor IMEI Yang Dimiliki Telefon Pintar Anda

Memiliki telefon pintar sudah menjadi kemestian pada hari ini sehinggakan ia diiktiraf sebagai keperluan dan bukan lagi kehendak oleh beberapa organisasi di dunia kini.

Menurut laman GSMA, hampir 9 billion unit telefon pintar sedang digunapakai di seluruh dunia ketika artikel ini ditulis.

Kebanyakan daripada kita sudah mengetahui bahawa setiap unit telefon mempunyai nombor IMEI yang berbeza, namun tidak ramai yang mengetahui fungsinya yang sebenar.

Oleh itu, pada perkongsian kali ini, kami akan bantu anda untuk mengenalpasti apa itu nombor IMEI dan fungsi serta kepentingannya untuk kesan kembali telefon bimbit .

International Mobile Equipment Identity(IMEI)

International Mobile Equipment Identity atau singkatannya, IMEI merupakan angka atau nombor yang digunapakai untuk mengenalpasti sesebuah peranti yang menggunakan rangkaian selular.

a
Kesan Kembali Telefon Bimbit

Ia biasanya ditemui pada kotak belian peranti, halaman “About Phone”, atau boleh juga diketahui dengan mendail *#06# menerusi kebanyakan telefon pintar.

Nombor IMEI ini bergantung kepada jumlah slot kad sim yang dimiliki oleh peranti. Jika peranti yang digunakan mempunyai dua slot kad sim, maka peranti tersebut akan memiliki dua nombor IMEI berbeza.

Apakah Kegunaan Nombor IMEI Ini?

Nombor IMEI ini sebenarnya hanya digunakan untuk satu sebab, iaitu untuk mengesan sesebuah telefon pintar.

Dengan itu, ia boleh berfungsi sebagai “ejen” anti-kecurian telefon pintar. Atas sebab itulah kita sering diingatkan untuk menyimpan nombor IMEI telefon pintar kita.

2 2
Kesan Kembali Telefon Bimbit

Apabila berlaku kes-kes jenayah seperti ragut, rompak atau pecah masuk rumah dan telefon pintar anda turut dicuri, ia boleh membantu pihak berkuasa untuk mengesan kedudukan penjenayah dengan menggunakan nombor IMEI telefon pintar anda.

Selain itu, telco juga boleh menyekat sesebuah peranti daripada terus digunakan setelah dicuri. Ini bermakna, walaupun pencuri menukar kad sim, telefon itu akan kekal disekat dan tidak dapat digunakan.

Caranya, anda boleh menghubungi pembekal perkhimatan atau terus berhubung dengan pihak SKMM. Akan tetapi, seeloknya laporan polis harus dibuat terlebih dahulu.

Oleh itu, setiap daripada kita dinasihatkan untuk menyimpan nombor IMEI bagi setiap telefon yang dibeli di kawasan yang selamat agar dapat digunapakai sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak ingini.

Sumber: MakeUsOf   WhatIs.com   Android Central

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati