Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Info Terbaru : Masih Belum Terlambat Untuk Claim Baucar RM 400 Untuk Rakyat Malaysia l Sah Sehingga Disember 2022

baucar rm400 1
Claim Baucar RM 400 Untuk Rakyat Malaysia

Info Terbaru : Masih Belum Terlambat Untuk Claim Baucar RM 400 Untuk Rakyat Malaysia l Sah Sehingga Disember 2022. Untuk makluman umum, pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan,kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaan. Pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya melibatkan bantuan berbentuk insentif kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan dan bantuan pada zaman yang penuh pancaroba ini.

Salah satu program yang ada adalah melalui Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0. Ini adalah merupakan sebuah program inisiatif berupa bantuan menawarkan baucar diskaun sebanyak sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga.

Tujuan utama  bantuan ini ditubuhkan adalah bagi memberi galakkan kepada lebih ramai pengguna mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga, sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik harian pengguna rakyat Malaysia .

Melalui inisiatif bantuan ini, tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah atau B40 bagi mengatasi masalah melibatkan kewangan dalam memerlukan sokongan dari segi mendapatkan barangan keperluan elektrik.

Program Save 3.0 : Claim Baucar RM 400 Untuk Rakyat Malaysia

Apakah Itu Program Save 3.0 Claim Baucar RM 400 Untuk Rakyat Malaysia ?

Program ini adalah merupakan kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini.Save 3.0 merupakan Program e-rebat menawarkan baucar maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Objektif Program ini adalah untuk bertujuan Menambah jumlah lima (5) dan empat (4) bintang peralatan elektrik cekap tenaga dan peralatan cekap tenaga di pasaran dan dalam masa yang sama ia merupakan usaha kerajaan dalam Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan memastikan penjimatan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.

Dapatkan Rebat Baucar Sejumlah RM400 Dalam Program SAVE 3.0, Ikuti Dibawah

Penebusan rebat SAVE 3.0 boleh dibuat berdasarkan kelayakan pengguna terlebih dahulu. Antara syarat kelayakan bagi mendapatkan penebusan rebat RM400 ialah :-

  1. Rebat ini hanya terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
  2. Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar di bawah syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power adalah layak memohon.
  3. Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  4. Pembelian juga boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf sahaja seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

Kategori E-rebat/Baucar SAVE 3.0 Claim Baucar RM 400 Untuk Rakyat Malaysia :

Program SAVE 3.0 ini memberikan sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) hanya kepada isi rumah domestik yang membeli peralatan elektrik cekap tenaga dengan 4 atau 5 bintang label dari kecekapan tenaga yang ditetapkan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) bermula dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Kategori 1 : Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan

Kategori 2 : Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.

kategori baucar
Claim Baucar RM 400 Untuk Rakyat Malaysia

Cara Claim Baucar RM 400 Untuk Rakyat Malaysia Program SAVE 3.0

Penebusan boleh dibuat secara lansung di kedai elektrik atau pasar raya dan boleh juga secara atas talian di Shopee Lazada dan PGMALLBerikut merupakan cara penebusan di Shopee secara atas talian :

cara tebus rebat

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari:

  1. Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
  2. Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
  3. PG Mall : https://www.pgmall.my/
  4. Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)

Nota : Tempoh sah pelaksanaan Program SAVE 3.0 telah ditetapkan selama satu 1 tahun bermula dari Januari 2022 hingga Disember 2022.

Berikut Merupakan Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Di Tahun 2022:

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati