Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mohon Kerja Jaya Grocer yang Menawarkan 21 Jawatan Kosong Seluruh Cawangan Malaysia

Cara Mohon Kerja Jaya Grocer

Peluang mohon kerja Jaya Grocer sentiasa dibuka untuk dimohon oleh mereka yang berminat. Jaya Grocer yang cukup terkenal dengan gaya pembelian runcit baharu melalui teknologi peruncitan atas talian secara moden berjaya menjadi antara penjualan runcit yang lebih ke hadapan.

Ini menjadikan suasana pekerja amat menyeronokkan kerana syarikat sentiasa berkembang maju dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Pastinya suasana kerja amat efektif kepada pekerja. Jom kita selidik dahulu maklumat mengenai mohon kerja Jaya Grocer.

Peluang Kerjaya Jaya Grocer Seluruh Malaysia

mohon kerja jaya grocer

Pengenalan Syarikat Jaya Grocer

Bermula sejak tahun 2000, Jaya Grocer mula bertapak dan mempunyai visi yang jelas iaitu untuk mewujudkan kedai runcit pasar raya yang memberikan perkhidmatan yang baik serta memenuhi keperluan harian penduduk Malaysia.

Barangan yang berkualiti dan segar itu adalah merupakan jaminan yang disediakan oleh pihak Jaya Grocer. Kini, jenama Jaya Grocer terus melakar kecemerlangan dengan pembukaan cawangan baharu.

Mohon Kerja Jaya Grocer Melalui Jawatan Kosong yang Dibuka

Untuk makluman kepada semua, peluang kerjaya telah dibuka begitu banyak sekali dan amat mengalu-alukan peluang kerja Jaya Grocer ini kepada orang ramai pelbagai peringkat umur.

Berikut adalah senarai jawatan kosong Jaya Grocer yang membuka 21 jawatan kosong:

Peluang Mohon Kerja Jaya Grocer
Customer Service Executive
Internship-Human Resources
Assistant Buyer
Cashier
In-House Security
Retail Representative
Sales Assistant
Picker
Assistant Supervisor-Halal
Asisstant Suoervisor-Non Halal
Bakery Assistant
Butchery Asssistant
Goods Receiving Assistant
Store Assistant
Store Manager / Assistant Store Manager
Lorry Driver
Bakery Assistant-Production
Assistant Supervisor-Bakery
Assistant Supervisor-Fresh Market
Assistant Supervisor-Chilled & Frozen
Operation Assistant
mohon kerja jaya grocer

Kriteria Permohonan Kerja Jaya Grocer

Untuk mohon kerja, perlu diikuti syarat sah permohonan sebelum membuat permohonan rasmi melalui laman web Jaya Grocer. Berikut adalah beberapa syarat mohon kerja Jaya Grocer:

  1. Berumur 18 tahun dan keatas
  2. Merupakan warganegara Malaysia
  3. Mempunyai kelayakan minima SPM,Diploma dan Ijazah.
  4. Boleh berkomunikasi dengan baik
  5. Menerima arahan dengan jelas
  6. Boleh bekerja dalam kumpulan

Seterusnya para calon boleh membuat rujukan mengenai cara mohon kerja Jaya Grocer dan maklumat tambahan dibawah.

Prosedur Mohon Kerja Jaya Grocer yang Dibuka Untuk Semua

Cara Mohon Kerja Jaya Grocer

Cara Mohon Kerja di Jaya Grocer

Bagi para calon yang ingin membuat permohonan kerja Jaya Grocer, berikut adalah langkah permohonan yang mudah untuk anda ikuti;

  • Layari laman kerjaya Jaya Grocer
  • Anda akan dipaparkan senarai jawatan kosong pelbagai kelayakan. Anda boleh membuat penelitian dahulu atau terus mencari jawatan kosong yang anda minati.
  • Klik pada “Apply Now” untuk mengetahui syarat kelayakan khusus, skop kerja dan lain-lain.
  • Ikuti arahan yang diberikan dan anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang mohon kerja Jaya Grocer yang disediakan secara atas talian.
  • Lampirkan dokumen dan resume anda semasa urusan permohonan dilakukan.
  • Akhir sekali, sila sahkan permohonan anda dan tunggu maklum balas daripada pihak Jaya Grocer.

Seterusnya, anda hanya perlu menunggu maklum balas daripada pihak majikan dan sekiranya berjaya anda akan dipanggil hadiri temuduga dan boleh mulakan kerjaya anda dengan jayanya.

Etika Kerja untuk Pekerja Jaya Grocer

Sekiranya anda berjaya mendapatkan jawatan kosong yang anda mohon, adalah perlu untuk anda mengetahui etika kerja yang dikenakan semasa bertugas. Berikut adalah maklumat mengenai etika pemakaian pekerja:

  • Pekerja perlu menjaga penampilan diri dan sentiasa kemas.
  • Memastikan penjagaan diri teratur dan bersikap professional terhadap rakan sekerja.
  • Mematuhi kod dan peraturan syarikat tetapkan.
  • Berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja.
  • Menunjukkan semangat kerjasama dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.
  • Dan lain-lain yang perlu anda ketahui melalui majikan.

Perlu dan penting untuk anda ikuti etika kerja yang ditetapkan selaku pekerja. Oleh itu, anda perlu cakna sentiasa dengan penetapan baharu dan perlu jalankan tanggungjawab dengan baik.

Soalan FAQs Berkenaan Kerja Jaya Grocer

Bilakah waktu operasi Jaya Grocer?

Waktu operasi mula Jaya Grocer adalah pada pukul 10 pagi dan tutup pada 10 malam

Jikalau saya ingin mohon kerja part time, adakah di Jaya Grocer tersedia?

Untuk permohonan jawatan kosong kerja part time, anda boleh merujuk terus kepada pihak Jaya Grocer. Anda boleh membuat pertanyaan melalui panggilan telefon terlebih dahulu.

Adakah pakaian pekerja adalah seragam?

Pemakaian para pekerja adalah mengikuti kepada pihak pengurusan dan tertakluk kepada etika semasa kerja. Untuk itu, pihak Jaya Grocer sememangnya menyediakan pemakaian rasmi para pekerja semasa waktu bekerja.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati