Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Program Latihan Industri di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 2023

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Program Latihan Industri di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). LHDN telah membuka peluang kerjaya kepada pelajar yang sedang mencari tempat untuk menjalani latihan industri, bolehlah membuat permohonan sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 7 Julai 2022.

Tentang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Pada 1 Mac 1996, Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia telah ditukar nama kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang telah dikenali pada masa kini. LHDNM adalah salah satu agensi utama yang bertanggungjawab mengutip hasil untuk Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan, yang lebih dikenali dengan singkatan MOF, adalah badan pentadbiran yang bertanggungjawab untuk semua perbelanjaan kerajaan dan penjana pendapatan. MOF bertanggungjawab untuk membangunkan dasar ekonomi dan menyediakan belanjawan persekutuan setiap tahun untuk Malaysia.

LHDNM, selaras dengan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995, adalah sebuah agensi yang ditubuhkan untuk diberi lebih banyak autonomi di negara ini, terutamanya dalam hal ehwal pengurusan kewangan dan kakitangan. LHDNM juga bertanggungjawab untuk memperbaiki kualiti dan keberkensanan pentadbiran cukai di Malaysia.

Visi

Pentadbir Cukai Terunggul

Misi 

Kami sentiasa berusaha untuk:

  • Memaksimumkan pematuhan sukarela
  • Memberikan perkhidmatan terbaik
  • Mengoptimumkan operasi organisasi
  • Mengekalkan tahap kompetensi tertinggi

Objektif

Melaksanakan Sistem Percukaian Yang Berkesan, Adil dan Saksama

Slogan

Bersama Membangun Negara

Dasar Kualiti

Berteraskan integriti, kami komited memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan

Moto Perkhidmatan

Perkhidmatan Terbaik untuk Anda

Akademi Percukaian Malaysia (APM)

Akademi Percukaian Malaysia merupakan institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL). APM menggunakan kaedah pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian. Norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian terus disesuaikan menerusi platform Learning Management System (LMS), Google Classroom, Microsoft Team, Zoom dan sebagainya.

Fungsi utama APM adalah:

  1. Mengendalikan aktiviti pembelajaran dan latihan dalaman melalui pelbagai program dalam bidang percukaian dan soft-skill untuk pegawai HASiL.
  2. Mengembangkan dan meluaskan perspektif percukaian dalam kalangan orang awam ke arah pematuhan cukai secara sukarela menerusi Program Pembelajaran Cukai.

Cara Membuat Permohonan Jawatan Kosong LHDNM

attitude 2473875 640 4
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Calon yang ingin membuat permohonan, perlulah mendaftarkan diri sebagai pemohon di dalam portal sekiranya anda ingin memohon jawatan kekosongan yang terpapar.

Sekiranya anda merupakan pemohon yang telah berdaftarm sila Log Masuk ke dalam sistem.

Pendaftaran sebagai pemohon berdaftar hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Manakala permohonan perlu dilakukan mengikut kekosongan yang ditawarkan menggunakan akaun pemohon berdaftar.

Penutup

work boots 889816 640 3

Diharapkan agar perkongsian mengenai Program Latihan Industri di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar yang sedang mencari tempat untuk menjalani Latihan Industri.

Pemilihan tempat bagi latihan industri adalah sangat penting kerana ia mampu memberikan pengalaman bekerja yang sebenar sebelum memiliki pekerjaan yang sebenar.

Sebelum ini, kami juga ada menyediakan perkongsian seperti:

Kami juga menyediakan bahan bantu pelajaran yang sesuai untuk murid sekolah rendah, sekolah menengah dan juga prasekolah. Bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut, ibu bapa dan guru boleh layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati