Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Terkini Pengumuman PM Official : Penerima BKM Fasa 2 Akan Dapat Bayaran Sehingga RM 500

bkm fasa 2 pm

BKM Fasa 2, Untuk makluman rakyat Malaysia, Sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia telah terjawab apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri telah mengumumkan sebentar tadi berkenaan tarikh rasmi Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan disalurkan bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat kepada golongan B40.

Tambahan pula dalam kenyataan Perdana Menteri,Dato’ Sri Ismail Sabri yang mewakili pihak Kerajaan akan memberikan tambahan bayaran tunai untuk kategori Bujang sebanyak RM 50 dan Kategori Isi rumah RM 100. Ini adalah merupakan berita gembira bagi penerima BKM Fasa 2 tatkala situasi ekonomi negara dilanda inflasi global.

Tambahan Bantuan RM50 dan RM100 kepada penerima BKM

Bantuan RM6000 Bina Rumah Sendiri

Walaupun jumlah penambahan bayaran BKM Fasa 2 antara RM 50 dan RM 100, ia amat bermakna bagi kebanyakkan penerima. Jika kita tambah kesemua jumlah bayaran BKM pada fasa 2 ini, setiap penerima akan mendapatkan bayaran sebanyak sehingga RM 500. Ini amat membantu bagi meringankan pembelanjaan rakyat terutama bagi golongan B40 dan ramai yang mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana menambah insentif tersebut sebagai usaha membantu rakyat Malaysia.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan tarikh bayaran BKM dan jumlah pemberian bantuan BKM serta semakan atas talian, anda boleh ikutinya dibawah.

Terkini Pengumuman PM: Penerima BKM Fasa 2 Akan Dapat Bayaran Sehingga RM 500

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2

Dalam kenyataan Perdana Menteri Sebentar tadi, pihak Kerajaan telah mengumumkan tarikh rasmi bagi pembayaran BKM Fasa 2 yang dijadualkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat.

Seperti mana kaedah pembayaran Fasa 1, penerima yang memegang kad Bank BSN akan menerima terlebih dahulu kemudian diikuti oleh bank-bank lain. Diharapkan juga supaya penerima-penerima BKM bersabar dan memahami kerana pembayaran ini dalam klausa yang besar dan berperingkat dari semasa ke semasa.

Cara Membuat Semakan Pembayaran BKM Fasa 2

Untuk makluman, semakan status pembayaran BKM Fasa 2 anda boleh lakukan dengan mudah dan adalah anda disarankan untuk menyemak status permohonan anda terlebih dahulu mulai 27 Jun 2022 yang bersamaan pada hari Isnin melalui pautan dibawah:

  Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia

Cara-cara untuk membuat semakan pembayaran BKM fasa 2:-

  1. Sila log masuk akaun anda di Bantuan Keluarga Malaysia
  2. Masukkan Nombor MyKad, Pastikan anda masukkan nombor mykad anda dengan betul.
  3. Tekan butang “Semak”
  4. Pengesahan “Kata Kunci Keselamatan” yang telah didaftarkan
  5. Masukkan “Kata Laluan” anda
  6. Maklumat status bayaran anda akan dipaparkan pada skrin.

Kaedah Bayaran BKM Fasa 2

Pembayaran BKM Fasa Kedua akan diberikan secara berperingkat mengikut jenis penerima iaitu seperti berikut :

  • Bagi penerima BKM yang mempunyai akaun Bank :  pembayaran BKM akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bermula 27 Jun 2022 sehingga 5 Julai 2022.
  • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank : penebusan bayaran BKM Fasa 2 boleh dituntut melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) Bermula 27 Jun 2022.

Segala maklumat terkini mengenai bantuan keluarga Malaysia adalah berdasarkan makluman rasmi kerajaan Malaysia.

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Di Tahun 2022

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati