Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Kementerian Kesihatan Malaysia Buka Permohonan Jawatan Kosong Institut Kesihatan Umum KKM Tahun 2022

Jawatan kosong kementerian kesihatan malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia

Permohonan Jawatan Kosong Institut Kesihatan Umum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sesiapa yang ingin membina kerjaya di Institut Kesihatan Umum Kementerian Kesihatan Malaysia, kini peluang kerjaya telah dibuka sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2022.

Sejarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital pada masa itu adalah hanya untuk merawat pekerja dalam industri perlombongan biji timah. Ketika itum setiap pekerja perlu membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 Perak memiliki bilangan hospital yang paling banyak iaitu 15 buah hospital.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut memainkan peranan dalam pemulihan isu sosial serta pembangunan masyarakat, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditempatka di bawah Kementerian Kesihatan dalam dua tempoh yang berasingan iaitu dari tahun 1956 hingga 1957 dan 1960 hingga 1962.

07c476d9 4cb0 4d1a b97a c404ad50fccc 3
Kementerian Kesihatan Malaysia

Objektif Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.

Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

Visi

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

Misi

Misi Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk meneraju dan berusaha bersama-sama:

i) untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
– mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
– menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
– mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii) untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
– mengutamakan pelanggan
– saksama
– tidak membebankan
– cekap
– wajar mengikut teknologi
– boleh disesuaikan mengikut persekitaran
– inovatif

iii) dengan menekankan:
– sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
– sifat menghormati maruah insan
– penglibatan masyarat

Maklumat Kekosongan

Jawatan kosong yang diiklankan adalah seperti berikut:

  1. Jawatan : MySTEP Q17
    Kelayakan : SPM (Minimum)
    Gaji : RM1600.00
    Elaun Kerja Lapangan : RM80.00 sehari (Semenanjung) & RM100.00 sehari (Sabah & Sarawak)
    Tempoh Bertugas : Julai – Oktober 2022*
  2. Jawatan : MySTEP Q27
    Kelayakan : Diploma (minimum)
    Gaji : RM1800.00
    Elaun Kerja Lapangan : RM85.00 sehari (Semenanjung) & RM105.00 sehari (Sabah & Sarawak)
    Tempoh Bertugas : Julai – Oktober 2022*

*Tertakluk kepada perubahan

Kriteria Pemilihan

  • Boleh bekerja diluar kawasn dan selepas waktu pejabat
  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan
  • Rajin dan berdedikasi
  • Badan sihat dan tiada masalah kesihatan
  • Bagi calon pemandu (Q17), wajib mempunyai lesen memandu D
  • Telah lengkap imunisasi Covid-19 dan kemukakan sijil vaksinasi

Cara Membuat Permohonan

Emelkan CV ke alamat: [email protected] (Sila letakkan nama dan negeri pada tajuk fail, contohnya: Abu Sabah)

Permohonan boleh dibuat bermula 20 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Atau, boleh lihat Iklan penuh berkenaan Jawatan yang ditawarkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permohonan Jawatan Kosong Institut Kesihatan Umum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini dapat memberikan manfaat kepada para pencari kerja dan kepada yang berminat untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain daripada menyediakan informasi berkenaan dengan Jawatan Kosong terkini, kami juga menyediakan bahan bantu belajar untuk murid prasekolah, sekolah rendah serta sekolah menengah. Ibu bapa dan guru boleh layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan bahan yang telah disediakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati