Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pelajar Pendidikan Khas, Terpinggirkah Mereka? Bicara Tahun 2020

81557980318 Guru

Pendidikan khas? Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua

individu di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran untuk belajar. Maka, individu seperti ini memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka secara optimum.

pendidikan khas

Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua, ProgramPendidikan Inklusif diperkenalkan sebagai matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara inklusif bersama rakan sebaya mereka.

Pelajar Pendidikan Khas, Terpinggirkah Mereka?

Peranan pihak sekolah seperti guru-guru juga amat penting dalam program pendidikan khas. Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. dan banyak hadis Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas yang telah berbakti mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral tinggi.

cranes 4871478 640

Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kini ramai guru pendidikan khas yang berasa terpinggir kerana tiada yang memandang jasa seorang guru pendidikan khas yang lebih banyak cabaran berbanding guru di sekolah biasa. Ada juga murid pendidikan khas yang sering diejek kerana mereka sering dibanding-bandingkan dengan pelajar pendidikan biasa. Perkara ini perlu ditangani segera agar masyarakat tidak menilai guru dan pelajar pendidikan khas ini sebagai sesuatu yang tidak penting.

Berhadapan murid yang istimewa itu adalah satu kemestian bagi guru pendidikan khas. Malah murid yang mempunyai kepelbagaian ketidakupayaan (multiple disorder) juga antara cabaran yang paling besar kerana dalam masa yang sama pendidik berusaha untuk melahirkan output positif kepada anak didik mereka.

Pembelajaran untuk anak berkeperluan khas tetap diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini walaupun berdepan kesulitan kerana tidak semua murid mahir dengan pembelajaran dalam talian dan tugasan banyak disampaikan menerusi kumpulan WhatsApp.

Dalam istilah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) murid berkeperluan pendidikan khas dikategorikan mengikut golongan kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pertuturan, kurang upaya fizikal, masalah pembelajaran, kurang upaya mental dan pelbagai (Multiple Disabilities).

Masalah pembelajaran pula yang didefinisikan oleh Jabatan Pendidikan Khas sebagai kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Seterusnya, menurut IDEA mengenai istilah masalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang mempunyai proses psikologi yang tidak teratur termasuk perkembangan pemahaman atau penggunaan bahasa, komunikasi atau penulisan.

Kanak-kanak ini mempunyai masalah dalam mendengar, bercakap, membaca, menulis atau membuat pengiraan. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan khas masalah pembelajaran ini ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini mengurus diri mereka sendiri sekaligus membolehkan mereka merasa tidak tidak terpinggir daripada kalangan orang yang normal.

Justeru, masyarakat kini tidak perlu menilai bahawa pendidikan khas ini sesuatu yang remeh. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Guru Pendidikan Khas lebih banyak cabaran untuk ditempuh demi mengajar Pelajar Pendidikan Khas ini. Bagaimana seorang guru boleh mengajar seorang murid yang buta & pekak melalui online?

Jadi jika kita tidak mampu membantu mereka jangan pula menjadi orang yang melemahkan semangat mereka.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati