Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Peluang Pekerjaan Bersama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN)

Peluang kerja bersama JPNIN

Peluang Pekerjaan Bersama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) kini dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk membuat permohonan sehingga tarikh tutup iaitu pada 29 Jun 2022.

Sebelum memulakan penerangan mengenai Jawatan Kosong yang ditawarkan oleh JPNIN, kami menyediakan sedikit latar belakang penubuhan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN).

Latar Belakang JPNIN

JPNIN berperanan untuk:

  • Meningkatkan usaha mengukuhkan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
  • Memperkasa hal ehwal perhubungan dan pembangunan komuniti
  • Mengukuhkan hal ehwal pendidikan awal kanak-kanak bagi Taska dan Tabika Perpaduan
  • Meningkatkan usaha penghayatan dan pembudayaan Rukun Negara
  • Menjadi rujukan dalam bidang perpaduan melalui penyelidikan

Piagam Pelanggan JPNIN

JPNIN komited dalam mewujudkan kesepaduan dan keharmonian masyaratk yang mampan melalui perkhidmatan berikut:

  • Mencapai sekurang-kurangnya skor 3.5 daripada skala 5 bagi kajian Kepuasan Ibu Bapa Terhdapa Tabika Perpaduan yang dilaksanakan sekali sethun
  • Memaklumkan keputusan permohonan penetapan KRT kepada JPNIN Negeri dalam tempoh 5 hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Penetapan dan Pembatalan KRT
  • Memaklumkan keputusan permohonan penubuhan SRS kepada JPNIN Negeri dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap
  • Mengagihkan geran tahunan kepada Rukun Tetangga dalam tempoh 30 hari selepas waran peruntukan disalurkan ke Pusat Tanggungjawab (PTJ)
  • Melatih Ahli Jawatankuasa Utama Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela baharu dalam tahun semasa kecuali KRT/SRS yang diluluskan pada Oktober hingga Disember, pelaksanaan latihan boleh laksanakan pada tahun berikutnya.
  • Memastikan penyampaian kursus mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 3.75 pada skala 1 daripada 5 dalam penilaian keberkesanan penyampaian
  • Memberikan maklumbalas kepada pertanyaan/ aduan dalam tempoh 7 hari bekerja

Maklumat Kekosongan di JPNIN

Butiran Jawatan

i) Jawatan: Penolong Pegawwai Pembangunan Masyarakat (Guru Tabika) Gred S29 (Kontrak)

ii) Gred Jawatan: S29

iii) Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan

iv) Taraf Jawatan: Kontrak

v) Agensi: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan

vi) Bilangan Kekosongan: Empat (04)

vii) Tempat Kekosongan: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan

Jadual Gaji 

Jadual Gaji: Jadual gaji Minimum Maksimum
RM1,493.00 – RM5,672.00

Elaun

  • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) – RM 300.00
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) – RM 160.00
  • Bayaran Insentif Wilayah (BMW) – RM 261.27

Syarat Lantikan 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Diploma dalam Bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Memperolehi sekurang-kurangnya “Kepujian” (Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Keutamaan adalah bagi pemohon yang berasal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan Labuan

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan atau layari laman sesawang atau https://www.jpnin.gov.my/
  2. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Lantikan Dan Kenaikan Pangkat 2005
  3. Borang Permohonan lengkap hendaklah disertakan gambar terkini (berukuran passport), salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Kelahiran, salinan kelulusan akademik, resume, salinan sijil berhenti sekolah, salinan Lesen Memandu dan Sijil Lengkap Vaksinasi Covid-19 sebagai dokumen tambahan serta dokumen sokongan yang berkaitan yang telah DIPERAKUI SAH oleh (Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau gred 41 ke atas). Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

    PENGARAH
    JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
    WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

    NO. 4A-1, TINGKAT 4, BLOK 4,
    KOMPLEKS UJANA KEWANGAN
    87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Peluang Pekerjaan Bersama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) ini dapat memberikan manfaat kepada mereka yang berminat untuk bekerja di Jabatan ini.

Bagi ibu bapa dan guru, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online jika ingin mendapatkan bahan bantu belajar bagi murid:

  • Prasekolah
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati