Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP

30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP

30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP kepada golongan asnaf di seluruh wilayah persekutuan. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan slogannya ‘Memacu Kegemilangan Ummah’ sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menaik taraf hidup golongan umat Islam khususnya golongan asnaf melalui bantuan-bantuan zakat yang disalurkan. Di samping itu, MAIWP juga mempunyai visi sebagai peneraju dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah, dan disertai dengan misi untuk merealisasikan agenda pembangunan ummah secara terancang dan menyeluruh.

Dengan adanya visi dan misi yang jelas ini, pihak MAIWP bertanggungjawab dalam menyediakan pelbagai skim bantuan zakat kepada golongan fakir miskin umat Islam. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), MAIWP sentiasa bekerjasama dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi penyelarasan bantuan agar golongan ini dapat disantuni daripada pelbagai aspek.

30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP

Setakat ini, pihak MAIWP mengesahkan sebanyak 21,556 buah keluarga golongan fakir dan miskin di Kuala Lumpur yang menerima Bantuan Kewangan Bulanan mereka. Skim Bantuan Kewangan Bulanan ini termasuk di bawah bantuan Pembangunan Asnaf. Selain itu terdapat juga beberapa jenis bantuan lain.

30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP

image 83
30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP

Pihak MAIWP mempunyai kategori tertentu bagi setiap jenis bantuan zakat yang ditawarkan mengikut keperluan utama bagi setiap golongan masyarakat, antaranya ialah:

Pembangunan Asnaf

  1. Bantuan Kewangan Bulanan
  2. Bantuan Aidilfitri
  3. Bantuan Takaful Asnaf
  4. Bantuan Perubatan
  5. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  6. Bantuan Perkahwinan
  7. Bantuan Ibnu Sabil
  8. Bantuan Kecemasan
  9. Bantuan Guaman Syarie
  10. Bantuan Musibah

Tempat Tinggal

  1. Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
  2. Bantuan Membina/Membaiki Rumah
  3. Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah

Pendidikan

  1. Bantuan Am Persekolahan
  2. Bantuan Am Pelajaran IPT
  3. Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan
  4. Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara
  5. Bantuan Persediaan IPT
  6. Bantuan Tuisyen
  7. Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
  8. Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal
  9. Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran

Berdikari

  1. Bantuan Perniagaan
  2. Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  3. Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
  4. Bantuan Pertanian
  5. Bantuan Membeli Motorsikal Orang Kurang Upaya

Pembangunan Ummah

  1. Bantuan Kepada Agensi-agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan
  2. Bantuan Ar-Riqab

Secara keseluruhannya, terdapat sejumlah 30 Skim Bantuan Zakat yang ditawarkan oleh MAIWP mengikut beberapa kategori tertentu seperti pembangunan asnaf, tempat tinggal, pendidikan, berdikari, dan juga pembangunan ummah.

Syarat Umum Bantuan Zakat MAIWP

Berikut merupakan beberapa syarat umum yang perlu diambil tahu sebelum menghantar sebarang permohonan bantuan, iaitu:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautun di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun, dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah
  • Terdapat syarat khusus yang berbeza-beza bagi setiap jenis bantuan bergantung kepada jenis skim bantuan yang dipohon.
image 82
30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP

Apa itu Pengiraan Had al-Kifayah?

Berdasarkan takrifan yang diberikan dalam laman rasmi MAIWP, Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan), manakala dari sudut syarak pula ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang.

Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi enam aspek keperluan asas, iaitu

  1. Perlindungan: Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Makanan: Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
  3. Pakaian: Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
  4. Perubatan: Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.
  5. Pendidikan: Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.
  6. Pengangkutan: Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

image 81
30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP

Dapatkan “Borang Bantuan Zakat MAIWP” di sini

Di sini admin nak kongsikan borang permohonan Bantuan Umum MAIWP yang diguna pakai untuk kesemua jenis 30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP. Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke mana-mana cawangan Pejabat Baitulmal MAIWP. Anda juga dinasihatkan untuk merujuk senarai semak bagi mengetahui dokumen sokongan yang perlu disertakan sekali bersama borang permohonan. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Borang Bantuan Umum MAIWP

Senarai Semak bagi setiap jenis bantuan MAIWP adalah berbeza-beza mengikut jenis skim yang dipohon:

  1. Senarai Semak Bantuan Kewangan Bulanan
  2. Senarai Semak Bantuan Menyelesaikan Hutang
  3. Senarai Semak Bantuan Dialisis/Peralatan Kesihatan/Perubatan Am
  4. Senarai Semak Bantuan Guaman Syarie
  5. Senarai Semak Bantuan Perkahwinan
  6. Senarai Semak Bantuan Segera/Kecemasan
  7. Senarai Semak Bantuan Musibah
  8. Senarai Semak Bantuan Tambang Dalam/Luar Negara
  9. Senarai Semak Bantuan Deposit/Sewa Rumah Bulanan
  10. Senarai Semak Bantuan Membaiki/Membina Rumah
  11. Senarai Semak Bantuan Perniagaan/Pertanian
  12. Senarai Semak Bantuan Deposit Motosikal OKU
  13. Senarai Semak Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  14. Senarai Semak Bantuan Deposit Van/Bas Sekolah
  15. Senarai Semak Bantuan Am Persekolahan
  16. Senarai Semak Bantuan Persediaan Sekolah
  17. Senarai Semak Bantuan Tuisyen
  18. Senarai Semak Bantuan Am Pelajaran IPT
  19. Senarai Semak Bantuan Persediaan IPT
  20. Senarai Semak Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
  21. Senarai Semak Bantuan Biasiswa Baitulmal (Insentif Khas Pelajar Cemerlang)

Jumlah Bantuan

Untuk makluman semua, jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada setiap pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon. Semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula. Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.

Maklumat Lanjut

Anda boleh dapatkan sebarang maklumat lanjut berkenaan permohonan bantuan zakat di MAIWP menerusi:

Diharapkan perkongsian 30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP ini dapat memberi maklumat dan hebahan kepada semua masyarakat yang berkelayakan untuk membuat permohonan. Anda juga boleh kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan kenalan ramai yang layak memohon.

Selain itu, anda juga mungkin tertarik dengan perkongsian Permohonan Pengambilan Tingkatan Enam STAM (KISAS) 2021 ataupun Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) 2021.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati