Apabila melibatkan penggunaan jalaraya adalah sinonim untuk kita ketahui cara check saman dengan betul. Kadang kita tidak terperasan dengan keadaan yang mana kita telah melanggar peraturan jalanraya. Oleh itu, terdapat pelbagai cara dan inisiatif yang disediakan untuk membuat semakan saman yang tertunggak.
Berikut adalah perkongsian kali ini berkenaan cara check saman polis, JPJ dan AES yang anda boleh dapatkan capaian dengan pantas dengan cara-cara seperti dibawah.
Panduan dan Cara Check Saman Dengan Pantas Untuk Kesalahan Trafik
Cara Check Saman Polis Melalui SMS
Kaedah yang paling mudah serta tradisional adalah check saman melalui SMS. Fungsi cara check saman melalui sms ini adalah berbeza berbanding cara check saman yang lain yang mana ia boleh memberi kenyataan berkenaan sesuatu saman kenderaan dengan pantas namun anda tidak boleh melakukan pembayaran melalui SMS.
Berikut adalah cara check saman melalui SMS:
- Anda hanya perlu taip ‘ POLIS <JARAK>SAMAN<JARAK>NOMBOR KAD PENGENALAN atau NOMBOR PLAT KENDERAAN’ dan terus HANTAR ke 15888 atau 32728.
- Cara check saman jpj melalui esms pula anda hanya perlu ‘JPJ<JARAK>SAMAN<JARAK>NOMBOR KAD PENGENALAN atau NOMBOR PLAT KENDERAAN’ dan terus HANTAR ke 15888.
Anda akan mendapat mesej secara segera dan boleh ketahui tunggakan saman kenderaan anda.
Cara Check Saman Polis Melalui Aplikasi MyBayar Saman
Untuk membuat semakan polis secara atas talian melalui MyBayar saman ini terdapat dua pilihan iaitu anda layari portal Mybayar saman atau melalui aplikasi Mybayar saman yang boleh didapati di Google play dan apple app store.
Cara-cara untuk check saman polis MyBayar saman adalah seperti berikut :
- Perlu daftar masuk terlebih dahulu. Selepas membuat pendaftaran dengan beberapa langkah mudah yang anda perlu ikut, anda akan dibawa ke paparan utama.
- Anda akan ditunjukkan bahagian yang boleh anda capai untuk membuat semakan saman kereta atau saman motor.
- Untuk pembayaran saman anda boleh klik mana-mana saman yang anda ingin bayar.
- Pilih mana-mana pilihan pembayaran atau transaksi atas talian.
- Bukti pembayaran anda akan dipaparkan dan pembayaran saman anda selesai.
Cara Check Saman JPJ Melalui Portal Mysikap JPJ
Bagi saman yang melibatkan pihak JPJ anda boleh membuat semakan secara atas talian juga. Pihak JPJ juga menyediakan portal khas iaitu Mysikap JPJ untuk memudahkan pengguna rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan pembayaran seperti pembaharuan lesen pertukaran nama kereta dan lain-lain.
Bagi membuat semakan saman JPJ melalui portal mysikap JPJ adalah seperti di bawah:
- Sila layari portal mysikap JPJ untuk membuat semakan saman JPJ.
- Pengguna akan diminta untuk log masuk terlebih dahulu menggunakan ID dan kata laluan.
- Di paparan halaman utama, anda boleh pilih di antara menu iaitu ‘kesalahan & penalti’.
- Paparan skrin akan menunjukkan maklumat anda seperti nama, nombor kad pengenalan dan kategori anda.
- Anda perlu memilih jenis semakan mengikut keperluan dan kehendak anda seperti saman, senarai hitam, dimerit, kenderaan sita dan juga tempoh lesen memandu digantung.
- Sekiranya anda ingin membuat semakan saman JPJ anda boleh memilih berkenaan ‘pertanyaan saman’ dan klik ‘ok’ pada butang yang disediakan.
- Paparan akan ditunjukkan sekiranya anda mempunyai rekod saman akan disenaraikan kesalahan anda dan sekiranya tiada akan keluar mesej rekod tidak wujud.
Cara-cara untuk membuat bayaran saman JPJ online adalah seperti berikut:
- Setelah anda kenal pasti ada saman yang tertunggak anda boleh klik pada laman tersebut untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan saman.
- Klik sahaja bayar saman di bahagian bawah lalu pilih kaedah pembayaran dan anda boleh lakukan pembayaran dengan segera menggunakan mana-mana kaedah pembayaran pilihan.
- Sila ikuti arahan pembayaran selanjutnya sehingga pembayaran saman JPJ anda berjaya.
Maklumat tambahan untuk anda berkenaan saman JPJ, ia terbahagi kepada dua iaitu saman boleh di kompaun yang mana perlu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam surat saman sahaja. Bagi saman yang tidak boleh dikompaun anda akan dibicarakan di mahkamah seperti ditetapkan dan barulah anda boleh membuat bayaran saman.
Cara Check Saman Melalui Laman MyEG
Selain cara seperti di atas melalui laman web MyEG juga anda boleh membuat pembayaran secara online dan kadar segera. Pembayaran melalui MyEG ini adalah antara cara yang paling mudah serta cepat kerana anda boleh membuat pembayaran terus berkenaan saman yang terlibat.
Berikut adalah cara membuat semakan dan pembayaran saman di MyEG:
- Anda boleh layari ke laman web rasmi MyEG.
- Sekiranya anda sudah berdaftar anda hanya perlu lock masuk dan seandainya anda pengguna baru anda perlu mendaftar akaun baru serta mengikut arahan yang telah ditetapkan.
- Selepas anda berjaya log masuk. Sila pilih tab untuk semak saman trafik polis PDRM.
- Lalu masukkan IC, nombor Syarikat, nombor plat kereta anda, kemudian klik hantar.
- Senarai saman akan ditunjukkan sekiranya kenderaan anda direkodkan melakukan kesalahan
- Untuk membuat bayaran saman, anda boleh memilih sama ada membayar melalui Kad Kredit/Kad Debit atau online banking.
- Sekiranya anda memilih online banking anda akan disenaraikan beberapa bang terpilih dan anda boleh terus membuat pembayaran.
- Bagi rekod dan juga salinan serta segala transaksi adalah boleh dilihat di dalam profil akaun my egi anda.
Sekiranya anda terdapat persoalan atau sebarang aduan boleh hubungi talian 03-76648000.