30 Kekosongan Jawatan Dewan Bahasa dan Pustaka

 

30 Kekosongan Jawatan Dewan Bahasa dan Pustaka

30 Kekosongan Jawatan Dewan Bahasa dan Pustaka ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka sehingga tarikh tutup pada 30 November 2021. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan seperti dalam senarai di bawah ini.

Senarai Jawatan Kosong DBP

1. Penolong Pegawai Tadbir

  • Gred: N29
  • Bilangan Keperluan: 2
  • Upah Harian: RM 72.00
  • Penempatan: DBP Ibu Pejabat
  • Syarat Lantikan: Diploma dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia, atau
    Teknologi Maklumat atau yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Penolong Akauntan

  • Gred: W29
  • Bilangan Keperluan: 1
  • Upah Harian: RM 72.00
  • Penempatan: DBP Ibu Pejabat
  • Syarat Lantikan: Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

  • Gred: N19
  • Bilangan Keperluan: 26
  • Upah Harian: RM 54.00
  • Penempatan: DBP Ibu Pejabat, DBP Hulu Kelang & DBP Cawangan Sarawak
  • Syarat Lantikan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. Pembantu Tadbir (Kewangan)

  • Gred: W19
  • Bilangan Keperluan: 1
  • Upah Harian: RM 54.00
  • Penempatan: DBP Ibu Pejabat
  • Syarat Lantikan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini


Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN_PSH_NOVEMBER_2021_-_TERKINI

Cara Permohonan

  1. Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan berminat hendaklah
    mendaftar dan memohon secara dalam talian melalui pautan rasmi
    epengambilan.dbp.gov.my.
  2. Pemohon boleh merujuk manual pengguna yang disediakan bagi tujuan proses
    pendaftaran akaun dan permohonan jawatan.
  3. Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi no. telefon atau e-mel yang berikut:
    No. Telefon: 03 – 21479367 (pertanyaan umum kecuali bantuan teknikal)
    Masa Panggilan: 10.00 pagi hingga 3.00 petang
    (Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)
    E-mel: pengambilan@dbp.gov.my

Makluman

  • Pemohon yang di senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh akhir permohonan ini dianggap tidak berjaya.
  • Segala keputusan dalam urusan ini muktamad.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian 30 Kekosongan Jawatan Dewan Bahasa dan Pustaka  ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!