Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia Effective Julai 2021

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia kini dibuka permohonannya sehingga tarikh tutup pada 10 Ogos 2021. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personel Short-Term Employment Program (MySTEP) di Unit Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan, BPPP.

Maklumat Jawatan Kosong di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

  • Jawatan: Penolong Eksekutif Perkhidmatan (System Development)
  • Kelayakan: Diploma Sains Komputer / Sistem Maklumat atau Setaraf
  • Kadar Upah: 1,800.00/Bulan (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Lokasi Pejabat: Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya.
  • Jumlah Kekosongan: 1
  • Tempoh Lantikan: 1 September 2021 – 31 Disember 2021

Syarat Kelayakan

07c476d9 4cb0 4d1a b97a c404ad50fccc 9
  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Mempunyai kelayakan akademik seperti yang dinyatakan di atas;
  • Berpengalaman atau mempunyai kemahiran dalam pembangunan sistem bagi membantu menganalisa keperluan program, mereka bentuk, mengaturcara (coding) dan menyelenggara sistem serta berkeupayaan menyelesaikan masalah (troubleshooting dan problem solving) yang berkaitan dengan program dan aplikasi sistem;
  • Berkemahiran menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP Hypertext PreProcessor (PHP) dan database MySQL atau kemahiran bahasa pengaturcaraan lain seperti Java, JavaScript, CSS adalah dialu-alukan;
  • Mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas dalam penggunaan MS Office dan aspek teknikal seperti pengendalian server, rangkaian dan keselamatan ICT;
  • Bersedia memberikan khidmat sokongan ICT seperti latihan kepenggunaan, dokumentasi dan meja bantuan bagi memastikan kelancaran sistem; dan
  • Boleh bekerja di bawah penyeliaan yang minimum dan menguruskan tugasan mengikut keutamaan.

Cara Permohonan

Individu yang berkelayakan dan berminat boleh mengemukakan permohonan melalui e-mel kepada [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN MySTEP JANM berserta dokumen berikut:

  • Resume terkini (bersama gambar pemohon)
  • Portfolio atau hasil kerja/projek dalam bidang berkaitan (jika ada)

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temu duga.

Maklumat Lanjut

  • Sebarang persoalan boleh hubungi 03-8882 1077 (Cik Bibi Shakila binti Mustafa)
  • Iklan jawatan kosong ini boleh dirujuk DI SINI

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati