Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata S Logeswaran Pengadil Kontroversi Final Piala Malaysia 2023

biodata s logeswaran pengadil malaysia

Mungkin ramai yang sedang tercari-cari siapakah S Logeswaran Pengadil Final Piala Malaysia semalam yang menyaksikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) keatas Terengganu FC dengan skor akhir 3-1 yang berlansung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun, perlawanan tersebut terpalit kontroversi apabila S Logeswaran Pengandil menjadi tumpuan perlawanan apabila kerap melakukan keputusan pengadilan yang menimbulkan ketidakpuasan hati penyokong. Berikut adalah beberapa biodata dan maklumat S Logeswaran pengadil Final piala Malaysia 2023.

Maklumat Berkenaan S Logeswaran Pengadil Kontroversiti Final Piala Malaysia

Biodata S Logeswaran Pengadil Kontroversi Final Piala Malaysia

Biodata S Logeswaran

Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan S Logeswaran pengadil asal Malaysia:

MaklumatPenerangan
NamaSinnasamy Logeswaran
KerjayaPengadil Professional Malaysia
StatusBerkahwin
BangsaIndia
WarganegaraMalaysia

Kerjaya Pengadil S Logeswaran

Biodata S Logeswaran Pengadil Kontroversi Final Piala Malaysia

Untuk pengetahuan, S Logeswaran adalah seorang pengadil yang berasal dari Selangor merupakan antara pengadil yang mendapat pengiktirafan dan kelayakan mengadili perlawanan bola sepak dalam negara. Beliau sentiasa memainkan peranan penting dan pernah terlibat perlawanan antara pasukan gergasi kelab bola sepak Malaysia.

Meskipun namanya kembali tular ekoran keputusan final piala Malaysia yang menyaksikan JDT kekal juara piala itu. Ramai yang mula mengkritik keputusan pengadilan beliau yang didakwa bias atau berat sebelah. Walaubagaimanapun, perlawanan berlansung dengan baik dan jayanya oleh S Logeswaran pengadil semalam.

Tular Keputusan Penalti Untuk JDT

Pada babak awal permainan, pihak JDT telah dihadiahkan sepakan penalti ekoran kekasaran yang dilakukan oleh pemai Terengganu FC, Azam Azmi yang dituduh mengasari penyerang JDT, Fernando Forrestieri. Keputusan cepat yang dilakukan oleh pengadil tanpa membuat perbincangan dengan pembantu pengadil menimbulkan rasa tidak puas hati penonton.

Terdapat juga lakonan yang dibuat-buat oleh Forestieri untuk meraih simpati sepakan penalti. Keputusan tetap diteruskan dan menyaksikan Bergson selaku penyerang memberi kelebihan 1 gol awal kepada JDT hasil sepakan sudut kiri di pintu gol.

Isu S Logeswaran Pengadil Yang Kontroversi

S Logeswaran Bukan Pengadil FIFA

Biodata S Logeswaran Pengadil Kontroversi Final Piala Malaysia

Hasil carian yang dibuat mengikut senarai pengadil antarabangsa FIFA 2023 di laman web FIFA Digtal HUB menjumpai bahawa S Logeswaran bukan pengadil dari kalangan pengadil FIFA. Ini adalah kerana hasil carian tersebut mendapati S Logeswaran tiada nama di dalam laman tersebut.

Sementara itu, hanya 6 nama dari pengadil Malaysia tersenarai dalam laman tersebut. Mereka itu adalah Razlan Joffri Ali, Muhammad Usaid Jamal, Tuan Mohd Yaasin, Mohd Amirul Izwan Yaacob dan Suhaizi Shukri serta Muhammad Nazmi Nasaruddin.

Keputusan-Keputusan Kontroversi S Logeswaran Pengadil Liga Super dan Piala Malaysia

Biodata S Logeswaran Pengadil Kontroversi Final Piala Malaysia

Semalam menyaksikan persembahan Logeswaran dikritik ramai peminat malam final piala Malaysia selepas beberapa siri keputusan yang tidak patut dibuat dan agak berat sebelah. Berpunca dari penalti yang diberikan kepada JDT, Logeswaran terus menerus menjadi tumpuan sejak dari itu.

Sepanjang menjadi pengadil professional, berikut adalah senarai keputusan kontroversi S Logeswaran pengadil Malaysia:

  • KL City FC Vs Kedah (Tahun 2021) : Pernah tular di media sosial berikutan pengadialan perlawanan yang tidak berkualiti yang menyaksikan KL City Tewas kepada Kedah pada tahun 2021. Pengendali KL City ketika itu amat tidak berpuas hati dengan keputusan S Logeswaran.
  • JDT vs Penang FC (Tahun 2021) : Perlawanan yang berakhir dengan JDT menang 2-0 atasi Penang. Namun, yang menjadi tumpuan adalah keputusan Logeswaran yang tidak melayangkan kad merah kepada Natxo Insa, pemain pertahanan JDT yang menyiku Casagrande, pemain Penang FC.
  • Penang FC vs Kedah (Tahun 2023) : Menjadi tumpuan kerana membatalkan jaringan Rafael Victor yang dikatakan mengasari pemain KDA FC. Perlawanan berakhir dengan tuan rumah tewas 2-1 kepada KDA FC.

Seorang pengadil tugasnya adalah mengadili kedua belah pihak yang berlawanan. Dalam perlawanan bola adalah lumrah ada pasukan yang menang dan pasukan yang kalah, itulah adat betanding namanya.

Untuk situasi S Logeswaran pula, beliau sudah memberikan keputusan yang terbaik untuk perlawanan dan pujian harus diberikan kepada beliau yang berjaya mengadili perlawanan dengan professional. Jikalau terdapat ketidakpuasan itu adalah perkara normal.

Namun, mutu pengadilan bola sepak Malaysia perlu terus berkembang dengan pelbagai kemajuan seperti teknolgi VAR yang sangat membantu dan memberi pertolongan pengadilan dengan baik.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati