Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Ouch! 7 Universiti di Mesir Mungkin Akan Digugurkan daripada Senarai Akta Perubatan 1971

7 Universiti di Mesir Mungkin Akan Digugurkan daripada Senarai Akta Perubatan 1971

7 Universiti di Mesir Mungkin Akan Digugurkan daripada Senarai Akta Perubatan 1971. Hal yang demikian kerana calon-calon yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di tujuh (7) universiti terkemuka di Mesir diwajibkan memenuhi syarat kelayakan minimum kemasukan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Perkara ini ditetapkan bagi mengelakkan masalah pengiktirafan pegawai perubatan di negara ini.

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MPM) mengatakan bahawa perkara itu telah diputuskan di dalam mesyuarat MPM ke-407 pada 22 Jun lalu. Mesyuarat itu dilakukan demikian selepas pihak MPM menerima pemakluman berhubung pengurangan tempoh pengajian yang melibatkan Universiti di Mesir berkenaan.

7 Universiti di Mesir Mungkin Akan Digugurkan daripada Senarai Akta Perubatan 1971

7 Universiti di Mesir Mungkin Akan Digugurkan daripada Senarai Akta Perubatan 1971

Beliau juga merangkap sebagai Ketua Pengarah Kesihatan berkata pihak MPM menerima pemakluman dimana tempoh pengajian enam tahun telah dikurangkan kepada lima tahun pengajian bagi kesemua tujuh buah Universiti di Mesir terlibat yang diiktiraf oleh MPM sebelum ini. Tujuh universiti tersebut tersenarai di dalam Jadual Kedua, Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2021). Beliau juga telah menyebut nama universiti-universiti itu:

“Tujuh Universiti di Mesir yang terlibat adalah Universiti Iskandariah, Universiti Ain Shams, Universiti Cairo, Universiti Tanta, Universiti Mansoura, Universiti Zagazig dan Universiti Al-Azhar.”

Beliau juga menambah mengenai syarat kelayakan minimum kemasukan tersebut pada satu kenyataan hari ini:

“Pihak MPM telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pelbagai pihak termasuk Kementerian Pengajian Tinggi Mesir sebelum memutuskan syarat wajib kelayakan minimum yang ditetapkan. Syarat wajib berkenaan iaitu calon sekurang-kurangnya lepasan matrikulasi atau asasi atau pra-universiti atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau A-level atau lain-lain peperiksaan yang setaraf.”

Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, pada mesyuarat diadakan itu telah bersetuju sekiranya calon gagal memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan, bakal graduan Universiti di Mesir terlibat mungkin akan berdepan dengan masalah pendaftaran dengan pihak MPM.

universiti di mesir

Beliau juga menegaskan,

“Sekiranya perkara ini berlanjutan, pihak MPM juga akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan universiti-universiti yang berkenaan dari senarai universiti yang diiktiraf MPM dalam Jadual Kedua, Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012)”.

“Semua pihak terlibat seperti badan-badan pemberi biasiswa atau bantuan pendidikan perlu memastikan calon memenuhi syarat kelayakan minimum ini untuk mengelakkan sebarang masalah atau kesulitan yang berlaku kelak apabila calon ingin mendaftar dengan MPM selepas tamat pengajian,” kata beliau pada kenyataan hari ini.

Sebelum ini kami ada kongsikan berkaitan Keputusan STPM pada 1 Julai 2021 untuk calon-calon yang telah menduduki peperiksaan pada Mac lalu.

Semoga perkongsian 7 Universiti di Mesir Mungkin Akan Digugurkan daripada Senarai Akta Perubatan 1971 ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi panduan kepada para pelajar supaya dapat memilih Universiti di Mesir yang diiktiraf di negara kita. Diharapkan pelajar-pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya dengan berjaya terutamanya dalam mengharungi cabaran pandemik ketika ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati