Aktiviti Dine-In, Sukan, Rekreasi & Riadah, Serta Operasi Pasar Malam & Pasar Minggu Dibenarkan di Negeri Fasa 1 PPN Bermula 20 Ogos 2021

 

Aktiviti Dine-In, Sukan, Rekreasi & Riadah, Serta Operasi Pasar Malam & Pasar Minggu Dibenarkan di Negeri Fasa 1 PPN Bermula 20 Ogos 2021

Aktiviti Dine-In, Sukan, Rekreasi & Riadah, Serta Operasi Pasar Malam & Pasar Minggu Dibenarkan di Negeri Fasa 1 PPN Bermula 20 Ogos 2021. Pada 19 Ogos 2021, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membincangkan dan mempertimbangkan cadangan oleh Jawatankuasa Khas Teknikal MKN untuk memperluas kemudahan sektor sosial dan ekonomi terutamanya bagi Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kesemua kemudahan yang diumumkan seperti kebenaran aktiviti dine-in, aktiviti sukan, rekreasi & riadah, serta operasi pasar malam & pasar minggu ini akan mula berkuat kuasa pada JUMAAT, 20 OGOS 2021. Perincian bagi kemudahan-kemudahan ini akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa yang terdekat.

Untuk makluman semua, pertimbangan yang dibuat ini adalah dengan mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang telah melebihi 50 peratus. Pencapaian ini adalah lebih awal daripada yang disasarkan sebelum ini, iaitu 31 Ogos 2021. Sehubungan itu, Sidang Khas MKN pada hari ini telah bersetuju untuk memberikan kemudahan-kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 PPN.

Individu yang Telah Lengkap Divaksini

Penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
  • Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Contohnya Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan
  • Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Contohnya Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Aktiviti Dine-In kini DIBENARKAN
bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan Seterusnya

Berikut merupakan beberapa saranan yang diumumkan bagi kemudahan aktiviti dine-in ini, antaranya adalah:

  1. Pengusaha-pengusaha premis kedai makan disarankan agar menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik. Risiko penyebaran virus COVID-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar.
  2. Pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
  3. Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat.

Aktiviti Sukan, Rekreasi dan Riadah
Tanpa Sentuhan Fizikal & Bukan Berkumpulan

Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) juga DIBENARKAN bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya serta terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.

  1. Aktiviti sukan dan rekreasi amat penting bagi memastikan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik. Oleh itu, aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
  2. Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah DIBENARKAN selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
  3. Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah TIDAK DIBENARKAN. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.
  4. Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.
  5. Aktiviti yang dibenarkan juga termasuklah perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.

Operasi Pasar Malam dan Pasar Minggu
adalah DIBENARKAN

  1. Pihak penguatkuasa yang berkenaan serta pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

No photo description available.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan Aktiviti Dine-In, Sukan, Rekreasi & Riadah, Serta Operasi Pasar Malam & Pasar Minggu Dibenarkan di Negeri Fasa 1 PPN Bermula 20 Ogos 2021 ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Aktiviti Dine-In, Sukan, Rekreasi & Riadah, Serta Operasi Pasar Malam & Pasar Minggu Dibenarkan di Negeri Fasa 1 PPN Bermula 20 Ogos 2021 ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua. Anda semua dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP semasa tidak kira di mana jua anda berada.