Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) sesi Julai 2021

Kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) sesi Julai 2021 Kini Dibuka

Kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) sesi Julai 2021 bagi pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggalakkan pelajar-pelajar menceburi bidang kemahiran sebagai keperluan di dalam dunia pekerjaan kelak.

Baru-baru ini, Datuk Seri Dr.Noraini Ahmad merupakan Menteri Pengajian Tinggi telah mengatakan bahawa industri kemahiran digital harus diberikan tumpuan dimana kebanyakkan majikan masa kini ingin mendapatkan pekerja yang berkemahiran tinggi dalam dunia digital.

Justeru, dunia pekerjaan ketika ini amat menitikberatkan kemahiran-kemahiran yang ada pada setiap graduan atau pelajar bukan hanya memiliki kecemerlangan dalam akademik.

Kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)

Mula beroperasi pada tahun 1989 yang dahulu dikenali sebagai Pusat Latihan PERDA (PLP) telah dinaiktaraf kepada Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) pada tahun 2007. PERDA-TECH merupakan sebuah institusi yang menawarkan pelbagai bidang kemahiran kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ianya terletak di Bukit Panchor, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Penyusunan semula telah dilakukan bagi memastikan semua kursus dan bidang pengajian yang ditawarkan menepati standard yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. PERDA-TECH juga telah diiktiraf sebagai sebuah Pusat Bertauliah dimana ianya layak mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia.

Disamping itu, PERDA-TECH juga telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta badan-badan profesional lain iaitu CISCO, CIDB dalam semua bidang pengajian dan kursus yang ditawarkan.

Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) adalah seperti berikut:-

bidang pengajian PERDA

Lazimnya, kemasukan pelajar baru dilakukan setiap tahun pada bulan Julai dan tempoh pengajian adalah selama 21 bulan bagi peringkat Sijil.

  • Pelbagai kemudahan disediakan
  • YURAN pengajian adalah PERCUMA ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan
  • Elaun berjumlah RM250.00 diberikan sepanjang tempoh pengajian kecuali Program Peringkat Diploma
  • Latihan industri, penginapan dan pakaian kursus juga disediakan

Cara Permohonan Kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Perda

Para pelajar yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke PERDA-TECH boleh mengikuti langkah-langkah dibawah:-

  • Permohonan adalah secara atas talian, pemohon perlu melayari Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar PERDA-TECH
  • Sekiranya pemohon terlupa kata laluan, anda perlu klik ikon Set Semula Kata Laluan atau hubungi pihak berkaitan di talian seperti di bawah.
  • Untuk log masuk, sila masukkan ID Pengguna (No. Kad Pengenalan) dan Kata Laluan.
  • Sila pastikan anda melengkapkan maklumat seperti berikut:
    • Maklumat peribadi
    • Maklumat Ibu Bapa / Penjaga
    • Maklumat PMR
    • Maklumat SPM/STPM
    • Kursus Yang Dimohon
    • Pengesahan Permohonan
    • Cetak Permohonan
    • Log Keluar Sistem

CALON YANG SUDAH MEMOHON BOLEH MENGEMASKINI PERMOHONAN ANDA SEBELUM 30 JUN 2021!!

(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

KEMASUKAN PERDA

Sebelum ini kami ada kongsikan beberapa kemasukan ke IPTA seperti Kemasukan dan Kemaskini ke KKTM, MJII dan IKM, Program Diploma Kolej Profesional MARA.

Peringatan & Penafian Tentang Kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Perda

Mohon perhatian kepada para pelajar yang berminat, Kemasukan ke Institusi Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) sesi Julai 2021 ini hanya sahih atau sah sehingga tarikh yang ditetapkan. Diharap, pelajar-pelajar merujuk iklan permohonan kemasukan dengan teliti sebelum membuat permohonan.

Dengan perkongsian kami kali ini, diharap dapat memberi peluang dan manfaat kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Untuk mengetahui info lebih lanjut berkaitan pendidikan, jawatan kosong kerajaan, bantuan kerajaan dan info semasa kerajaan anda boleh melayari laman web Sistem Guru Online.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati