Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka. NAHRIM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Kontrak Personel MySTEP yang sedang ditawarkan ini dengan segera. Tarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 15 Ogos 2021.

Maklumat Jawatan

  • Jawatan: Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  • Status Lantikan: Kontrak Personel MySTEP (sehingga Disember 2021)
  • Kadar Upah: Sehingga RM 1,800/Sebulan (Lantikan Kontrak)
  • Jumlah Kekosongan: Satu (1)
  • Tempat Bertugas: NAHRIM, Seri Kembangan, Selangor.

Syarat Kelayakan dan Kemahiran

Kelayakan

  • Diploma, STPM, atau setaraf
  • Keutamaan diberikan kepada bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan diiktiraf setara dengannya.

Kemahiran

  • Pengaturcaraan PHP (Yii Framework) atau Laravel.
  • Sistem Pengurusan Kandungan WordPress.
  • Pangkalan data MYSQL
  • Adobe Photoshop
  • Adobe Ilustrator
  • Final Cut Pro (kemahiran tambahan, jika ada)
  • Adobe After Effect (kemahiran tambahan, jika ada)
  • Adobe Premier Pro (kemahiran tambahan, jika ada)

Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Keutamaan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik dan kemahiran yang dinyatakan di atas.
  3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  4. Boleh bekerja secara berpasukan, dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
  5. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum dan bersesuaian dengan kaedah kerja semasa pandemik seperti yang ditetapkan oleh kerajaan (bergantung kepada keadaan semasa).
  6. Berintegriti, berdisiplin, dan berpesonaliti kemas.
  7. Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran kendiri.

Cara Permohonan

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume beserta gambar berwarna dan salinan sijil akademik ke e-mel [email protected].

  • TAJUK EMEL: “Permohonan MySTEP_PPTM”
  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 OGOS 2021

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan tawaran jawatan ini boleh dirujuk DI SINI.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Anda Mungkin Meminati