Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Wang BAP Bantuan Awal Persekolahan RM109,350 Lesap dilarikan Penjenayah

Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,350 lesap

Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,350 lesap dilarikan penjenayah. Amat menyedihkan apabila wang Bantuan Awal Persekolahan yang sepatutnya diagihkan kepada murid-murid sekolah rendah telah dirompak oleh manusia yang tidak mempunyai hati perut. Inilah yang berlaku kepada seorang pengetua di sebuah sekolah.

Kronologi Wang Lesap

Cikgu sampai di Maybank Pekan Semenyih jam 1010hrs bersendirian, Selesai urusan dan ambil wang Bantuan lebih kurang jam1100hrs. Pergi ke kenderaan yang diletakkan berhadapan bank jarak lebih kurang 30meter dan meletakkan wang bantuan dlm beg di bawah kerusi penumpang hadapan. Cikgu pergi tinggalkan kereta ke Kedai mamak RK Fatimah bersebelahan maybank untuk membeli air minum kerana dahaga. Lebih kurang 15 minit pesan air dan patah balik ke kereta dapati cermin penumpang sebelah kanan belakang telah dipecahkan.

Tergamam

Pengetua tersebut keluar pergi ambil duit yang bernilai sebanyak RM109,350.00 iaitu wang Bantuan Awal Persekolahan untuk diagihkan kepada murid-murid sekolahnya pada hari tersebut. Namun malang menimpa apabila wang tersebut telah dirompak apabila wang tersebut ditinggalkan didalam sebuah kenderaannya untuk ke kedai mamak yang berhampiran.

Ramai yang geram dengan apa yang berlaku. Ye la, mana taknya kalau duit yang sepatutnya perlu diberikan kepada anak sekolah malah dirompak. Perkara seperti ini tidak patut berlaku dan tidak patut dilakukan melainkan oleh insan yang tidak berhati perut sahaja!!

Rompakan berluasa

Menyedari akan hakikat ini, kita perlu sedari bahawa jenayah rompakan dinegara kita adalah tinggi dan tidak boleh dipandamg remeh. Persolannya bagaimana ingin hapuskan jenayah ini?

Berhati-hati

Masyarakat di diigatkan perlu berhati-hati dengan keadaan sekeliling lagi-lagi ianya berkaitan dengam isu rompakan. Jangan bagi peluang untuk mereka mencuri barang kita dengan membiarkan barang ditempat yang

“Harapan”

Admin mengharapkan agar anda jangan cuai dengan keadaan sekeliling, kita mungkin tidak sedar bahawa ada orang sedang memerhatikan kita. Dalam kita tidak tahu tiba-tiba ada orang yang ambil kesempatan terhadap kita dalam diam. Didalam kedaan jenayah yang sedang berluasa sekarang ini kita perlu meningkatkan keselamatan diri kita dan keluarga. Ya, kita tidak mampu untuk membendungnys sendiri tapi kita mampu untuk menjadi lebih peka dan tingkatkan tahap keselamatan sama-ada dirumah atau dimana-mana sahaja.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati