Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) Effective Julai 2021

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki)

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) bagi tahun 2021 bakal dibuka. Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan bermula 2 Ogos sehingga 15 Ogos 2021. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web rasmi e-Pengambilan PDRM.

Jadual Gaji Konstabel Polis Gred YA1

Gaji MinimumRM 1,441.00
Gaji MaksimumRM 4,152.00
Kadar Kenaikan Gaji TahunanRM 105.00

Syarat-syarat Permohonan Konstabel Polis

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara dalam talian

Kelayakan Akademik

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
    Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain, atau
  • Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut ;
    a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
    b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
    c) Teknologi Kejuruteraan Awam;
    d) Perniagaan;
    e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;
    f) Teknologi Kejuruteraan Marin
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01];
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02]

Syarat-syarat Kelayakan Fizikal Konstabel Polis

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Elaun dan Kemudahan Konstabel Polis

  • Elaun Tetap Perumahan: RM300
  • Elaun Cola: RM100-RM350
  • Elaun Khidmat Awam: RM115
  • Elaun Khas PDRM: RM200
  • Elaun Seragam PRP/Konstabel: RM690
  • Elaun Kasut: RM300
  • Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.

Cara Permohonan Konstabel Polis

Permohonan bagi pengambilan jawatan Kontasbel Polis Gred YA1 (Lelaki) ini mula dibuka pada 2 Ogos sehingga 15 Ogos 2021 secara dalam melalui puatan berikut:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan Pengaktifan E-mel dan Lupa Kata Laluan, sila berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di laman media sosial Instagram dan Facebook Unit Pengambilan PDRM.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati