Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Hati-hati Scam Panggilan Pos Laju “Bungkusan Tak Dituntut” Tahun 2023

Hati-hati Scam Panggilan Pos Laju "Bungkusan Tak Dituntut"
Hati-hati Scam Panggilan Pos Laju

Hati-hati Scam Panggilan Pos Laju ! Dalam dunia moden yang penuh dengan teknologi, penipuan melalui panggilan telefon semakin menjadi-jadi. Salah satu modus operandi yang kini semakin sering berlaku adalah penipuan melalui panggilan telefon palsu yang mengaku dari pelbagai agensi, bank dan banyak lagi. Penipu-penipu ini menggunakan pelbagai taktik untuk memperdaya mangsa mereka. Dalam artikel ini, kita akan melihat cara kerja penipuan ini, kesan buruk yang mungkin dialami oleh mangsa, serta cadangan dan peringatan untuk menghindari penipuan ini.

Kepada anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan isu semasa yang viral sekarang anda boleh ikuti pautan telegram kami dibawah:

Hati-hati Scam Panggilan Pos Laju Modus : Operandi Penipuan Panggilan Telefon Pos Laju

Berhati-hati Bila Menerima Panggilan Telefon

Terbaru ada satu kes scammer menggunakan panggilan pos laju mengatakan bungkusan beliau tidak dituntut. Isu ini menjadi hangat setelah individu tersebut telah kongsikan pengalaman beliau di Facebook agar semua orang perlu berhati-hati, Penipuan panggilan telefon Pos Laju biasanya bermula apabila seseorang menerima panggilan daripada nombor telefon peribadi yang tidak dikenali. Penipu akan mengaku bahawa mereka adalah wakil dari Pos Laju dan memberitahu mangsa bahawa terdapat bungkusan yang belum diambil di pejabat Pos Laju. Mereka akan mengarahkan mangsa untuk menekan sekian sekian atau “0” untuk mendapatkan maklumat lanjut.

photo 2023 09 13 15 29 22
Hati-hati Scam Panggilan Pos Laju

Selepas itu, seorang individu yang mengaku sebagai wakil Pos Laju akan muncul dan meminta maklumat peribadi mangsa, termasuk nombor kad pengenalan, maklumat bank atau sebagainya. Ini adalah momen penting untuk mangsa perlu berhati-hati, terutamanya penjawat awam yang mempunyai gaji bulanan besar. Mereka seakan-akan telah mendapat database atau maklumat dari pihak bank atau agensi kerajaan, kebanyakan penjawat awam yang terkena setelah mereka apply loan atau pinjaman dari bank.

Bahaya Terima Panggilan Telefon Scammer

6409bcec9a0fa
Hati-hati Scam Panggilan Pos Laju

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kita tidak boleh menerima panggilan telefon sewenang-wenangnya daripada nombor telefon tidak dikenali,ini kerana terdapat risiko keselamtan dan privasi data maklumat anda terdedah, sudah banyak dilaporkan dari pihak polis untuk tahun 2023 dicatatkan sejumlah jutaan ringgit ditanggung kerugian oleh rakyat malaysia kerana tertipu.

Padah jika anda terima panggilan dari scammer

Terdapat bahaya kita tidak sedari apabila menerima panggilan dari orang yang kita tidak kenali. berikut kesan buruk jika anda mudah percaya anda pada anda tidak kenali dan scammer online Penipuan ini boleh membawa kesan buruk yang serius kepada mangsa. Antaranya termasuk:

  1. Risiko Kehilangan Wang: Mangsa mungkin menjadi bimbang bahawa wang dalam akaun bank mereka akan dicuri atau digunakan untuk tujuan penipuan.
  2. Butiran Peribadi Anda Terdedah: Apabila scammer dapat mengumpul maklumat peribadi anda ketika bertanya pada anda, kemungkinan besar mereka boleh guna makluamt anda untuk mencuba masuk akses akaun peribadi anda seperti akaun bank dan lain-lain yang boleh mendatangkan bahaya. Penipu boleh menggunakan butiran peribadi yang diberikan oleh mangsa untuk melakukan penipuan yang lebih terperinci atau mencuri maklumat peribadi mangsa.
  3. Risiko Dipukau atau Sihir : Desas -desus aktiviti memukau mangsa dibimbangi dengan maklumat itu digunakan tujuan sihir atau pukau menyebabkan mangsa terikut semua arahan scammer.

Penipuan Pos Laju : Solusi Elak Ditipu

Memandangkan modus operandi penipuan online menggunakan nama pos laju Malaysia. Kami ingin memberi cadangan untuk anda untuk mengelakkan anda ditipu dari pihak tidak bertanggungjawab berikut adalah anda perlu ambil cakna:

  1. Simpan Nombor Rasmi Pos Laju: Pastikan anda mempunyai nombor telefon rasmi Pos Laju. Sekiranya ada sebarang masalah atau keperluan, hubungi mereka melalui nombor yang terdapat di laman web rasmi mereka [RUJUK DISINI]
  2. Jangan Kongsi Butiran Peribadi: Jangan sekali-kali memberikan butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan melalui panggilan telefon yang mencurigakan. Ini adalah kerana maklumat peribadi anda penting
  3. Berhati-Hati dengan Teknik Pemujukan Kebiasaanya scammer sangat licik kerana boleh menimbulkan kegusaran hati maka dengan itu anda perlu bertegas bahawa pihak pos laju mempunyai nombor autoriti sahaja dan jangan mudah mudah percaya nombor awam. Melainkan talian rasmi pejabat atau kerajaan.
  4. Tanya Pihak Berkuasa: Jika anda menjadi mangsa penipuan, laporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa secepat mungkin.

Cara Berkesan Check Scammer Online

Penting untuk memeriksa maklumat penipu, seperti nombor telefon dan nombor akaun, ketika melakukan transaksi dalam talian. Saat ini, terdapat pelbagai cara penjenayah atau penipu menggunakan pelbagai taktik untuk menipu pembeli, dan rakyat Malaysia sering menjadi mangsa. Sebagai pembeli, penting bagi kita untuk bijak mengenali tanda-tanda penipu, termasuk dengan menyemak nombor telefon mereka.

Beberapa platform anda boleh guna untuk semak akaun dan nombor scammer :

1. Sistem CCID PDRM

PDRM memiliki pangkalan data nombor telefon dan nombor akaun yang dibina dengan merujuk kepada maklumat yang diterima melalui laporan yang dikemukakan oleh mangsa-mangsa penipuan dalam talian melalui portal CCID mereka.

CCID
Hati-hati Scam Panggilan Pos Laju

Berikut Cara Semak Scammer Melalui Portal CCID:

  1. Layari portal CCID di pautan [Portal CCID]
  2. Pilih kategori “Nombor Telefon” atau “Nombor Akaun”.
  3. Masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank yang ingin disemak.
  4. Masukkan Captcha seperti yang ditunjukkan dalam gambar untuk tujuan pengesahan.
  5. Klik “Semak Maklumat”.

Hasil semakan yang mungkin diperolehi adalah:

  • “Tiada Laporan Diperolehi” – Jika nombor telefon yang dimasukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRM.
  • Sekiranya nombor telefon tersebut pernah dilaporkan sebagai scam, laporan mengenainya akan dipaparkan.
Nota: Walaupun kemungkinan besar nombor yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer boleh menggunakan nombor telefon baru.

Sekiranya anda selalu membuat transaksi secara online, anda boleh memuat turun aplikasi CCID secara percuma melalui pautan di bawah:

2. Truecaller

Truecaller ialah sebuah aplikasi telefon pintar yang menawarkan pelbagai akses berguna, termasuk:

KELEBIHAN AKSES GUNA TRUECALLER
1.Pengenalan Pemanggil: Aplikasi ini membolehkan pengguna mengenal pasti pemanggil dengan menunjukkan nama mereka, walaupun nombor tersebut tidak tersenarai dalam buku kenalan.
2. Penyekat Panggilan: Anda boleh menggunakan Truecaller untuk menghalang panggilan dari nombor yang tidak dikehendaki atau mencurigakan.
3. Mesej Cepat: Truecaller membolehkan pengguna berkomunikasi dengan pantas melalui mesej kilat.
4. Rakaman Panggilan: Anda boleh merakam panggilan telefon untuk rujukan atau tujuan keselamatan.
5. Sembang & Panggilan Suara melalui Internet: Truecaller membenarkan pengguna bersembang dan berhubung melalui suara menggunakan sambungan internet.
Hati-hati Scam Panggilan Pos Laju

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna perlu mendaftar dengan nombor telefon bimbit standard. Aplikasi ini telah dibangunkan oleh syarikat Sweden yang dikenali sebagai True Software Scandinavia AB, dan ia tersedia untuk pelbagai platform termasuk Android, iOS, BlackBerry, Symbian, dan Windows Phone.

How to use truecaller to report scam 1024x576 1
Visual pada telefon anda jika itu nombor scammer’

Anda boleh memuat turun aplikasi Truecaller secara percuma melalui pautan di bawah:

DOWNLOAD Truecaller
Google Play – Untuk Android
Apple – Untuk IOS
Hati-hati Scam Panggilan Pos Laju

FAQ KES SCAM POS LAJU MALAYSIA

Betulkah wujud barang tidak dituntut atau bungkusan tidak dituntut di Pejabat Pos Laju?

Ya, memang wujud barang yang tidak dituntut atau bungkusan yang tidak dituntut di Pejabat Pos Laju. Tetapi awas, pastikan itu panggilan yang betul dari pos laju berhampiran anda bukan dari scammer.

Macam mana cara tentukan panggil yang diterima adalah dari Pos Laju?

Mudah sahaja! Semak nombor telefon yang anda terima melalui senarai nombor telefon pejabat pos laju ini.

Apakah nombor telefon Customer Car Pos Laju Malaysia?

Untuk sebarang persoalan, anda boleh terus hubungi nombor berikut :
1 300 300 300.

Apakah Facebook Pages rasmi milik Pos Laju?

Semua pelanggan perlu tahu hanya “Pos Malaysia Berhad” yang boleh di dapati di link berikut www.facebook.com/posmalaysia adalah satu-satunya laman facebook rasmi Pos Laju.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati