Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Effective Julai 2021

Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk membuat permohonan. Tarikh tutup bagi jawatan yang ditawarkan ini adalah pada 2 Ogos 2021. Berikut merupakan beberapa jawatan yang sedang dibuka bagi pengambilan kali ini.

Jawatan Setiausaha Pejabat Gred N29 di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Deskripsi Tugas

Melaksanakan tugas-tugas Kesetiausahaan yang merangkumi tugas-tugas pentadbiran dan operasi di peringkat pejabat Ketua Pengarah bagi memastikan perkhidmatan dapat disampaikan dengan berkesan.

  1. Menguruskan dokumen rasmi pejabat bagi memastikan kelancaran pentadbiran.
  2. Menyusun jadual mesyuarat bagi memastikan sesuatu mesyuarat dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.
  3. Memantau Pengurusan Aset diselanggarakan dengan baik dan teratur.
  4. Menyelaras urusan kewangan Pejabat Ketua Pengarah bagi memastikan peruntukan dan urusan kewangan diselenggara mengikut peruntukan yang diluluskan dan masa yang ditetapkan (dateline).
  5. Memudah cara komunikasi dalam memberi penerangan maklumat korporat dan khidmat nasihat umum kepada pelanggan supaya maklumat yang disampaikan dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkesan.

Syarat Kelayakan Kerja Kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

  • Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
    subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6e72aaa8 eaf7 4e47 a2b0 878b75e36712 10
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Jawatan Pembantu Operasi Gred N11

Deskripsi Tugas

  1. Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
  2. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas
    B2/B/D/E2/E1/E.
  3. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang
    memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.

Syarat Kelayakan

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N11 : RM1,216.00) atau
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
    (Gaji permulaan pada Gred N11 : RM1,262.15)
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan Kerja di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Individu yang berminat dan berkelayakan boleh mengemukakan permohonan menerusi portal rasmi MYFutureJobs – Search jobs

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati