Jawatan Kosong Pembantu Kemahiran Gred H19 ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 152 kekosongan dan 150 simpanan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 1 Ogos 2021 (Ahad), jam 11:59 malam.
Individu yang dilantik ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19 ini akan ditempatkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:
- Keterampilan yang baik.
- Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
- Bakat kepimpinan.
- Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
Jadual Gaji Pembantu Kemahiran Gred H19
Isi Kandungan
Gaji Minimum | RM 1,377.00 |
Gaji Maksimum | RM 4,052.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 100.00 |
Syarat Lantikan Pembantu Kemahiran
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Kelayakan Akademik Pembantu Kemahiran
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,377.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,435.12); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,435.12); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,493.24); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,493.24)
Bidang SVM
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Kimpalan
- Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
- Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
Bidang SKM Tahap 2
- Jurubina Bangunan
- Jurukerja Paip
- Tukang Paip dan Kumbahan
- Juruteknik Elektrik
- Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik – Satu Fasa
Bidang SKM Tahap 3
- Penyelia Binaan Bangunan
- Juruteknik Kerja Paip
- Penyelia Paip dan Kumbahan
- Jurutera Elektrik Kanan
- Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik – Tiga Fasa
Kelayakan Bahasa Melayu
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: IKLAN-SPA9_PK-KKRM-PembantuKemahiranGredH19_Semenanjung
Cara Permohonan
- Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
- Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
- Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
- Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.
Senarai jawatan kosong yang lain:
- Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
- Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Port Dickson
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguat Kuasa MAQIS
- Jawatan Kosong Penolong Jurutera Gred JA29
- Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41
- Jawatan Kosong Pegawai Siasatan Gred P41
- Jawatan Kosong Medical Device Authority Malaysia
- Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22
- Jawatan Kosong Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Kemahiran Gred H19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!