
Jawatan Kosong Juruaudio Visual Gred N19 ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 14 kekosongan dan 60 simpanan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 8 Ogos 2021 (Ahad), jam 11:59 malam.
Individu yang dilantik ke jawatan Juruaudio Visual Gred N19 ini akan ditempatkan di bawah Jabatan Penerangan Malaysia (Semenanjung). Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:
- Keterampilan yang baik.
- Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
- Bakat kepimpinan.
- Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
Deskripsi Tugas Juruaudio Visual Gred N19
Isi Kandungan
Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siar raya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran, dan menyelenggara peralatan alat audio visual.
Jadual Gaji Juruaudio Visual Gred N19
Gaji Minimum | RM 1,352.00 |
Gaji Maksimum | RM 4,003.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 100.00 |
Syarat Lantikan Juruaudio Visual
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]
Kelayakan Akademik
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)
Kelayakan Bahasa Melayu
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang SKM Tahap 2
- Artis Multimedia – Animator
- Artis Multimedia – Visual
- Produksi Audio
- Artis Multimedia – Pengarangan
- Video/Produksi Filem
Bidang SKM Tahap 3
- Produksi Audio
- Pereka Bentuk Multimedia – Animasi dan Visual
- Pereka Bentuk Multimedia – Pengarangan
- Video/Produksi Filem – Penggambaran
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: IKLAN-SPA9_PK-JPN-JuruaudioVisualGredN19_Semenanjung
Cara Permohonan Juruaudio Visual
- Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
- Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
- Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
- Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.
Senarai jawatan kosong yang lain:
- Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki)
- Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
- Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
- Jawatan Kosong Program Pembangunan Peneroka FELDA
- Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 (Mekanikal)
- Jawatan Kosong Penolong Jurutera Gred JA29 (Mekanikal)
- Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Makanan Gred C41
- Jawatan Kosong Pegawai Dietetik Gred U41
- Jawatan Kosong Pembantu Kemahiran Gred H19
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22
- Jawatan Kosong Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Juruaudio Visual Gred N19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!