Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Takwim Persekolahan 2022 : Perubahan Ambil Kira Pelbagai Faktor – KPM

Takwim Persekolahan
Takwim Persekolahan

Takwim Persekolahan : Perubahan Ambil Kira Pelbagai Faktor – KPM.

 KAJANG : Terkini, Kementerian Pendidikan akan meneliti takwim persekolahan sesi akan datang selepas 2023 lapor Utusan Online hari ini.

Menerusi Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beberapa isu menjadi faktor bagi pihak KPM untuk mengekalkan takwim sedia ada, namun terus meneliti jika perlu membuat perubahan pada tahun-tahun berikutnya.

“Banyak perkara dan faktor apabila bercakap tentang penyediaan takwim, bahkan sekarang kita masih teruskan perbincangan untuk tempoh tahun-tahun yang mendatang, bagaimana dan apa yang kita keluarkan itu kekal.

“Apa yang paling penting apabila bercakap tentang peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) dalam takwim asal dibuat hujung tahun, di negeri pantai timur ada Monsun Timur Laut, kebarangkalian untuk berlaku banjir itu tinggi, dan kita lihat konteks pengurusan paling besar adalah cabaran yang dihadapi oleh Lembaga Peperiksaan untuk menguruskan peperiksaan sewaktu banjir, ” katanya.

Datuk Dr. Radzi Jidin  menyatakan demikian dalam sidang media pada program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sempena Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Kajang, hari ini.

Kementerian Pendidikan yang sebelum ini mengumumkan kalendar akademik bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 dan 12 Mac 2023

Selain itu, jelas Datuk Dr. Radzi Jidin lagi, kementerian turut mengambil kira tempoh masa agar tidaklah terlalu lama sebelum pelajar lepasan SPM meneruskan pengajian ke peringkat universiti.

“Kita ingin pastikan kecekapan pelaksanaan SPM ini dipertingkatkan, maknanya momentum anak untuk terus belajar itu masih ada.  Jadi, takwim yang dikeluarkan itu kekal sepertimana yang dikeluarkan,” ujarnya.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati