Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Effective Julai 2021

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Permohonan adalah dipelawa terhadap warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan diberikan kepada individu yang berintegriti, komited, mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, berpengalaman, berkemahiran serta berminat dalam bidang perfileman untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak seperti yang dinyatakan di bawah ini. Tempoh permohonan bagi jawatan yang ditawarkan ini bermula daripada 24 Julai sehingga 8 Ogos 2021.

Senarai Jawatan Kosong yang Ditawarkan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

  1. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29 (1 Kekosongan – Semenanjung)
  2. PENOLONG JURUTERA JA29 (1 Kekosongan – Semenanjung)
  3. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19 (1 Kekosongan – Semenanjung)
  4. PENERBIT RANCANGAN B19 (1 Kekosongan – Semenanjung)
  5. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19 (1 Kekosongan – Semenanjung)
  6. JURUFOTOGRAFI B19 (1 Kekosongan – Sarawak)
  7. PEMANDU KENDERAAN H11 (1 Kekosongan – Sarawak)

Syarat Umum Lantikan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Cara-cara Permohonan Kerja di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

  • Sila klik pautan DI SINI untuk mengisi maklumat pemohon secara dalam talian.
  • Sebarang permohonan melalui surat, e-mel, faks tidak akan dipertimbangkan.
    Maklumat bertanda * hendaklah wajib diisi.
  • Sila isi Nama Jawatan dengan lengkap seperti yang tertera di ruangan iklan.
    1. Contoh: Penerbit Rancangan, Gred B19
    2. Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon satu (1) jawatan sahaja.
  • Senarai dokumen yang perlu dimuat naik (upload):
    1. Gambar berukuran pasport terkini
    2. Salinan Sijil kelahiran
    3. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang) diimbas (scan) terlebih dahulu dan disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg)
    4. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sila klik butang submit. Pemohon akan menerima satu notifikasi “Permohonan anda
    berjaya dihantar”.
  • Calon yang berjaya dan dipanggil temu duga hendaklah membawa sijil asal dan
    salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil persekolahan, sijil kelulusan tertinggi dan
    sijil-sijil yang berkaitan jawatan yang dipohon. Semua salinan dokumen haruslah
    disahkan dengan cop asal (bukan cop salinan fotostat). (Semua dokumen perlu
    disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung
    / Pengerusi JKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang
    diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam)
  • Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan,
    Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan
    dan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan
    Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2020, 2019 dan 2018) dan salinan
    Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta.

Peringatan Mesra

  • Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan DITOLAK.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
ff320f03 1974 4eca a191 27bc8c915c25 7

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-FINAS-2021-Bilangan-2-Tahun-2021-pindaan-tarikh-1

Maklumat Lanjut Mengenai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi melalui e-mel Unit Pengurusan Sumber Manusia FINAS: [email protected]

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati