Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Makluman Permohonan Sijil Kursus KEMAS 2024

Permohonan Sijil Kursus KEMAS 2024

Berita gembira bagi mereka yang minat menjadi seorang guru. Kini permohonan sijil kursus KEMAS 2024 telah dibuka untuk permohonan. Ramai yang mengidamkan untuk menjawat jawatan seorang guru. Pihak KEMAS sentiasa membuka peluang baharu bagi mereka yang berminat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Tanpa berlengah lagi, anda boleh rujuk beberapa maklumat baharu berkenaan permohonan sijil kursus KEMAS 2024 yang dibuka kepada orang ramai. Boleh rujuk maklumat lebih lanjut dibawah.

Berkenaan Permohonan Sijil Kursus KEMAS 2024

Apa itu Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak?

Permohonan Sijil Kursus KEMAS 2024

Sijil pendidikan awal kanak-kanak adalah merupakan sebuah kursus yang ditawarkan oleh pihak KEMAS. Pemohon sijil akan melalui tempoh sepanjang pengajian iaitu 3 bulan dan tertakluk kepada jabatan khas. Kursus ini diperkenalkan untuk memastikan calon guru mempunyai maklumat yang cukup dalam menjadikan profession guru tabika atau taska KEMAS seiring dengan sistem pendidikan dan mencapai matlamat KEMAS.

Tempat : Institut/Pusat Latihan KEMAS

Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Untuk makluman juga, kursus ini bukanlah satu Jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. Walaubagaimanalpun, seandainya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Syarat Permohonan Permohonan Sijil Kursus KEMAS 2024

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi membuat permohonan sijil kursus KEMAS 2024 berdasarkan syarat kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Diploma akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak- Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan;
    • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
    • Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Terbuka kepada :
    • Jurusan TABIKA (calon lelaki atau perempuan)
    • Jurusan TASKA (calon perempuan sahaja)
  5. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).
  6. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidap penyakit kronik.
  7. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan awam.
  8. Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta sukan.

Panduan Permohonan Sijil Kursus KEMAS 2024

Semakan Tawaran Permohonan Sijil Kursus KEMAS 2024

Permohonan Sijil Kursus KEMAS 2024

Pihak KEMAS bagi bulan Mac 2024 telah membuka permohonan kepada orang ramai. Perkara ini telah dimaklumkan melalui laman Facebook rasmi KEMAS. Untuk itu anda boleh membuat permohonan bermula permohonan secara dalam talian dibuka mulai 4 Mac 2024 (Isnin) hingga 17 Mac 2024 (Ahad).

Cara Mohon Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) 2024

Permohonan Sijil Kursus KEMAS 2024

Bagi membuat permohonan, terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan. Untuk membuat permohonan, anda perlu melalui pautan laman web rasmi KEMAS. Kemudian ikuti langkah-langkah seperti dibawah:

  1. Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah di bawah:
    • Isi medan nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan.
    • Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa tanda “-“.
    • Berikan alamat emel yang sah.
    • Tetapkan katalaluan yang anda inginkan.
    • Ulangi katalaluan untuk pengesahan.
    • Masukkan captcha yang dipaparkan.
    • Klik butang “Simpan” untuk menyelesaikan pendaftaran.
  2. Sila log masuk:
    • Sekiranya anda telah mendaftar, ikuti langkah-langkah log masuk berikut:
    • Isi medan no kad pengenalan anda.
    • Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan.
    • Jika anda lupa kata laluan, klik “Lupa Kata Laluan”.
    • Klik butang “Log Masuk” untuk masuk ke akaun anda.
  3. Pengumuman (Paparan Log Masuk)
    • Semasa log masuk, anda akan melihat pengumuman terkini daripada pihak KEMAS.
  4. Terlupa Kata Laluan
    • Sekiranya anda lupa kata laluan, ikuti langkah-langkah di bawah:
    • Masukkan No Kad Pengenalan dan Emel anda.
    • Klik butang “Simpan” untuk menghantar permintaan pembaharuan kata laluan.
  5. Profil
    • Untuk mengemaskini profil anda, ikuti langkah-langkah di bawah:
    • Muat naik gambar profil anda.
    • Kemaskini maklumat profil anda.
    • Klik “Simpan” untuk menyimpan perubahan.
  6. Borang Pemohonan
    • Anda boleh mengemaskini maklumat di laman “Profil Saya” dan mengisi maklumat yang diperlukan pada borang permohonan.
  7. Pengakuan calon, Simpan, Hantar dan Kembali
    • Kotak pengakuan calon yang mesti diklik untuk membolehkan penghantaran borang.
    • Butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang telah diisi untuk dikemas kini kemudian.
    • Butang Hantar untuk menghantar borang yang telah lengkap diisi.
    • Butang Kembali untuk kembali ke Halaman Utama.
  8. Status Permohonan
    • Semua borang yang telah dihantar dan status terkininya boleh dilihat di sini.

Dengan panduan ini, kami mengalu-alukan anda untuk memohon kursus SPAK Siri 2/2024. Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Kementerian Kebajikan dan Pembangunan Kanak-Kanak.

Soalan FAQs Berkenaan Permohonan Sijil Kursus KEMAS 2024

Apakah itu kursus pendidikan awal kanak-kanak?

Sijil yang ditawarkan oleh KEMAS untuk bakal guru pendidikan awal kanak-kanak.

Bagaimana cara mohon sijil pendidikan awal kanak-kanak?

Boleh membuat permohonan melalui atas talian.

Apa yang diperlukan untuk permohonan?

Beberapa maklumat butiran diri, maklumat akademik dan lain-lain.

Berapa umur minima permohonan sijil?

Mestilah berumur 21 tahun keatas.

4 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati