Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tiada Bonus Raya Penjawat Awam 2024

Tiada Bonus Raya Penjawat Awam 2024
Tiada Bonus Raya Penjawat Awam 2024

Kerajaan tegaskan tiada bonus raya penjawat 2024. Ia telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini adalah kerana pemberian insentif khas RM2,000 sebelum ini adalah merupakan sumbangan bagi menyambut raya aidilfitri.

Berikutan itu tiada bonus raya penjawat awam 2024 kerana kerajaan tegaskan pemberian RM2,000 itu adalah merupakan pemberian yang termasuk dalam pemberian raya 2024.

Makluman Tiada Bonus Raya Penjawat Awam 2024

Pada tarikh 15 Mac yang lalu, melalui Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta untuk kerajaan menyalurkan bantuan khas kewangan untuk penjawat awam serta pesara tujuan aidilfitri.

Menerusi Presiden Cuepacs, Datuk Dr Adnan Mat bertujuan bahawa kerajaan perlu mengekalkan pemberian bantuan khas perayaan yang mana ia bermula sejak 10 tahun lalu. Namun, PM Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia Madani baharu sahaja menyalurkan insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam berjumlah sumbangan RM2,000 disalurkan pada 28 Februari lalu.

Kerajaan Beri RM2000 Kepada Penjawat Awam

image 34
Tiada Bonus Raya Penjawat Awam 2024

Sebelum ini, kerajaan Malaysia lancarkan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan disalurkan pada 23 Februari lalu.

Perkara itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan diumumkan semasa menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan.

Bantuan itu juga disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform. Bayaran insentif RM1,000 juga disalurkan untuk semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Sebelum ini, Datuk seri Anwar berkata, bayaran Insentif Awal ini akan dibayar sekali gus untuk meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 tahun lalu, kerajaan Malaysia Madani bersetuju bagi memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Cuepacs Mohon Bantuan Bonus untuk Penjawat Awam

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mohon kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan kewangan khas sempena Aidilfitri.

Melalui Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, mengatakan walaupun Aidilfitri semakin hampir dan kerajaan masih belum memberi maklum balas terhadap pemintaan mereka, Presidennya yakin akan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Pemberian bantuan kewangan khas adalah merupakan pemberian bantuan khas perayaan sudah menjadi tradisi sejak 10 tahun lalu. Untuk tahun 2024, beberapa kerajaan negeri telahpun mengumumkan bantuan khas perayaan. Antaranya Selangor yang memberi bantuan khas Aidilfitri sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam mereka.

Dalam pada itu, selain negeri Selangor, negeri yang sudah mengumumkan bantuan itu ialah:

  • Pulau Pinang
  • Johor
  • Perak
  • Sarawak

Untuk negeri Sarawak, Mereka baru sahaja memberi insentif sistem saraan sebanyak RM2,000. Disamping itu, Adnan berkata, CUEPACS telah pun menghantar surat rasmi untuk kerajaan berhubung rayuan bagi mendapatkan bantuan khas kepada kakitangan awam Persekutuan itu.

Melalui surat itu, Pihak CUEPACS telah merayu kepada kerajaan supaya mengambil maklum sebagaimana pelaksanaan pemberian bonus di negeri-negeri Malaysia. Ini adalah kerana, kerajaan perlu mengambil maklum kakitangan awam Persekutuan tidak menerima bonus tahun ini seperti yang diterima kakitangan awam negeri, sebaliknya diberi bayaran insentif awal sistem saraan sebanyak RM2,000.

Oleh itu, untuk perayaan Aidilfitri ini kita meminta sekurang-kurangnya kerajaan mempertimbang setengah bulan gaji untuk semua penjawat awam dalam Malaysia sebagai berita gembira.

Senarai Bantuan Raya 2024 Seluruh Negeri

image 35

Khususnya bagi mereka yang ingin memohon bantuan raya 2024, kini boleh membuat permohonan melalui laman mengikut negeri. Permohonan bantuan raya adalah disediakan mengikut negeri masing-masing yang mana pihak negeri telah pun menyediakan peruntukan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Bagi mendapatkan info lebih lanjut boleh layari melalui pautan rasmi dibawah:

Dengan pengumuman tiada bonus raya penjawat awam tahun ini adalah kerana sebelum ini kerajaan telahpun memberikan bantuan RM2,000 yang mana bertujuan sama untuk sekolah dan raya.

4 KOMEN

  1. Terbaik lah kerajaan madani. Ini baru betul-betul kerajaan jaga rakyat. Kerajaan yang kita nantikan selama ini. Ni baru langkah-langkah penjimatan wang negara. Kerajaan madani amalkan selama 4 tahun lagi pasti rakyat puas hati. Terbaik kerajaan madani..

  2. aduh baru nak excite dengar khabar indah dari rupa. Sudah saya tinggal di cyberjaya betharapa ada bonus raya. sedihnya

  3. Insetif disebut bukan bonus raya. Yg makin tersepit terus tersepit.terlalu awal insetif diberi setelah satahun lebih perit dgn semua harga yg x masuk akal.brg subsidi dirakus warga asing.ramadhan dan aidilfitri kalini betul2 mencabar dan sempit.janji tinggal janji.kami yg susah lagi tersepit hanya diberi hujahan “sudah di beri 2K feb lalu.”. Besar sngt 2k bulan feb utk ramadhan dan aidil fitri bulan april. Habis budak sekolah mcm mne? Ni 1st komen aku di media sosial. setahun lebih hari gaji adalah hari yg menyedihkan. Majikan swasta mengunakan undang2 menindas buruh.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati