Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN IPT MAIWP

IPT MAIWP

MAIWP menyediakan bantuan untuk pelajar yang berkelayakan menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Sesiapa sahaja yang tidak berkemampuan dan tergolong dalam kategori :

  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Muallaf
  4. Al-Gharimin (orang yang berhutang)
  5. Ibnu Sabil
  6. Fisabilillah
  7. Ar-Riqab

Layak untuk memohon pelbagai Skim Bantuan Zakat oleh MAIWP

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN IPT MAIWP :

  1. SYARAT UMUM
  2. Beragama Islam
  3. Warganegara Malaysia
  • Menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang 1 tahun dan masih menetap di sana
  • Tertakluk kepada pengiraan had Al-Kifayah (rujuk MAIWP)
  1. SYARAT KHUSUS
  2. Pengajian sepenuh/separuh masa
  3. Peringkat sijil sehingga PHD
  • Bidang pengajian diiktiraf oleh MQA (tidak termasuk kursus professional)
  1. Permohonan setahun sekali mengikut tempoh pengajian
  2. Tempoh pengajian 6 bulan ke atas
  3. Jika bekas pelajar di bawah insititusi MAIWP, lampirkan surat pengesahan

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

  1. Salinan kad pengenalan : Suami, Isteri, Anak-Anak (tidak termasuk yang telah bekerja dan berkahwin/anak angkat perlu dilampirkan bersama surat pengesahan dari JPN)
  2. Borang permohonan
  3. Gambar berukuran passport (menutup aurat bagi wanita)
  4. Salinan penyata gaji/pencen/PERKESO atau surat pengesahan pendapatan yang disahkan pesuruh jaya sumpah bagi yang tiada slip gaji
  5. Salinan nombor akaun bank/surat pengesahan akaun Bank Islam Berhad
  6. Salinan bil utility/cukai pintu rumah yang diduduki
  7. Surat pengesahan pengajian IPT dari bahagian Hal Ehwal Pelajar
  8. Surat penajaan IPT jika ada menerima apa-apa tajaan/pinjaman/biasiswa
  9. Salinan pengikhtirafan pengajian JPA/MQA
  10. Salinan kad/surat tawaran belajar
  11. Lain-lain dokumen sokongan : rujuk gambar

TT1 768x414 1

CARA MEMOHON :

Borang yang telah siap diisi dan dilampirkan bersama dokumen yang diminta perlu dihantar sendiri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP

Maklumat lanjut dan pertanyaan :

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,Aras G,1,20,22,Bangunan PERKIM No. 150,Jalan Ipoh, 51200Kuala Lumpur

Telefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444

Anda Mungkin Meminati