Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ā¬ļø

Jawatan Kosong TLDM BUKA PENGAMBILAN BESAR BESARAN TAHUN 2022 l GAJI RM1,774 – RM2,341

Jawatan Kosong TLDM
Jawatan Kosong TLDM

Jawatan Kosong TLDM Buka Pengambilan Besar Besaran Bagi Tahun 2022, Gaji Bermula RM1774-RM2,341. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuka peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia bagi tahun 2022. TLDMĀ  merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara.

Penguasaan TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329, 860 km persegi) merangkumi kawasan pesisiran dan zon ekonomi eksklusif milik negara tersebut. TLDM juga memikul tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut negara kita.

Menjadi sebahagian daripada TLDM merupakan satu peluang keemasan untuk mencurahkan bakti kepada negara tercinta. Sehubungan itu, menjadi sebahagian TLDM akan memberikan anda banyak kelebihan iaitu mempunyai kemahiran seni bela diri, melatih diri menjadi tahan fizikal dan menta dan lain-lain lagi jika terpilih menjadi sebahagian daripada TLDM. Dibawah akan dilampirkan maklumat-maklumat mengenai pengambilan terbaru di TLDM.

Pengambilan Anggota TLDM Besar Besaran Bagi Tahun 2022

Apakah Jawatan Kosong TLDM Yang Ditawarkan?

Jawatan yang ditawarkan di TLDM ialah Perajurit Muda (PtM) bagi lepasan SPM, Lelaki dan perempuan serta lepasan diploma (lelaki).

Maklumat Jawatan :

  • Jawatan : Perajurit Muda (PTM)
  • Sektor: Kerajaan
  • Taraf : Kontrak/Tetap
  • Gaji : RM1774-RM2,341

Jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kapasiti dan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Segala kekosongan adalah berdasarkan statistik dan data pihak TLDM,.

Bila Permohonan Jawatan Kosong TLDM Dibuka Dan Ditutup?

Permohonan boleh dibuat sekarang, Permohonan dibuka pada 8 April 2022 dan permohonan akan ditutup pada 20 Mei 2022 .

Permohonan boleh dibuat secara atas talian sahaja, permohonan boleh dibuat dengan merujuk seperti yang diiklankan di iklan jawatan kosong di TLDM. (Rujuk iklan jawatan dibawah).

Apakah Kelayakan Akademik Bagi Lepasan SPM ?

1. Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah . Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian :

  • Bahasa Inggeris .
  • Matematik .
  • Sains .

2. Sijil Vokasional Malaysia ( SVM ) – Kepujian dalam Bahasa Melayu .

Apakah Kelayakan Bagi Lepasan Diploma?

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah .
  2. Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma , transkrip dan sijil perakuan akreditasi  (pengiktirafan rasmi).
  3. Mempunyai diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency ( MQA ) seperti berikut :
    1. Diploma in Engineering .
    2. Diploma in Electrical Engineering .
    3. Diploma in Electronics Engineering .
    4. Diploma in Electrical and Electronic Engineering .
    5. Diploma in Mechanical Engineering .
    6. Diploma in Mechatronic Engineering .
    7. Diploma in Manufacturing Engineering
    8. Diploma Engineering in Aircraft Maintenance .
    9. Advanced Diploma in Engineering .
    10. Diploma in Marine Engineering .
    11. Diploma in Software Engineering .
    12. Diploma in Microelectronic Engineering .
    13. Diploma in Information Engineering .
    14. Diploma in Telecommunication Engineering .

Iklan Jawatan Perajurit Muda(PtM) Di TLDM Tahun 2022:

IKLAN Jawatan Kosong TLDM TAHUN 2022

Permohonan Jawatan Perajurit Muda(PtM) Di TLDM Tahun 2022

Bagaimanakah Cara Memohon Jawatan Yang Ditawarkan?

Untuk makluman, permohonan hanya boleh dilakukan hanya melalui permohonan atas talian sahaja. Berikut merupakan langkah-langkah dan proses permohonan secara atas talian:

  1. Pemohon perlu mengimbas kod QR ( https://www.surveymonkey.com/r/CVJSJZC)untuk mendaftar maklumat awal .
  2. Butiran maklumat awal akan disemak dan diproses oleh Sel Pengambilan TLDM
  3. Calon yang berjaya melepasi tapisan maklumat awal akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel .
  4. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan borang .
  5. Pemohon yang berjaya / gagal akan diberitahu melalui EMEL selepas tapisan pada bulan Julai 2022 .
  6. Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih . g.Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja .

ā€œSemoga Dipermudahkan Urusan Menjadi Anggota TLDM ā€

Kepada calon yang berminat diminta untuk persiapkan diri untuk menghadiri temuduga jika dipanggil. Permohonan Jawatan Kosong TLDM merupakan peluang keemasan kepada anda untuk memulakan kerjaya sebagai Perajurit Muda di bawahĀ  sektor kerajaan Malaysia. Semoga dipermudahkan urusan anda untuk berbakti kepada negara.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati