Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kurikulum Persekolahan 2027 : KPM Umum Ubah Kurikulum Baharu Lagi, Ranking Pisa Jatuh Merudum

Kurikulum Persekolahan 2027

Kurikulum Persekolahan 2027 diperkenalkan melalui 7 domain atau teras dalam kerangka Kurikulum baharu yang mana ia mampu bagi melahirkan insan yang sejahtera dan mempunyai kehidupan seimbang dalam pelbagai aspek dalam kehidupan.

Menurut Fadhlina Sidek, 7 domain tersebut ialah perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, fasih digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia mengambil kira kesemua elemen yang mencukupi kurikulum dan 6 tunjang dalam kerangka KSSM dan KSSR.

Pengenalan Kurikulum Persekolahan 2027

Apa Itu Kurikulum Persekolahan 2027?

Kurikulum Persekolahan 2027
Kurikulum Persekolahan 2027 : KPM Umum Ubah Kurikulum Baharu Lagi, Ranking Pisa Jatuh Merudum 5

Kurikulum Persekolahan 2027 adalah kurikulum yang berasaskan sasaran yang harus dicapai oleh murid dalam pengetahuan, kemahiran dan nilai tertentu serta tahap tertentu. Serta, menekankan proses pembelajaran yang holistik dan membolehkan pelajar mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap berasaskan standard yang ditetapkan.

Matlamat Kurikulum Persekolahan 2027

Matlamat kurikulum persekolahan 2027 adalah untuk melahirkan insan sejahtera yang merangkumi aspek dibawah:

  • Mengamalkan kehidupan yang seimbang dalam segala aspek kehidupan.
  • Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menghargai perpaduan dan keharmonian serta menghormati kepelbagaian.
  • Menjadi warganegara yang beradab dan bertanggungjawab.
  • Berdaya saing pada peringkat global

Tahap Persekolahan dan Fokus Kurikulum 2027

Kurikulum Persekolahan 2027
Kurikulum Persekolahan 2027 : KPM Umum Ubah Kurikulum Baharu Lagi, Ranking Pisa Jatuh Merudum 6

KPM telah memperkenalkan kaedah kurikulum ini berbeza-beza mengikut tahap persekolahan. Berikut adalah penerangan bagi setiap tahap persekolahan:

Tahap PersekolahanFokus Kurikulum 2027
PrasekolahKemahiran berkomunikasi, bersosialisasi dan pembentukan karakter.
Tahap 1 Penguasaan literasi dan numerasi serta pembentukan karakter.
Tahap 2Aplikasi menganalisis dan menghasilkan inovasi dan pembentukan karakter.
Tahap 3Kemahiran menganalisis dan menghasilkan inovasi dan pembentukan karakter.
Menengah RendahMeneroka Pelbagai bidang ilmu dan didorang mengenaki minat dan potensi diri termasuk perkembangan bakat dan pembentukan karakter.
Menengah TinggiMengikuti laluan bidang yang ingin diceburi ke peringkat pengajian tinggi dan pembentukan karakter.

Bagi mengetahui selanjutnya berkenaan kurikulum persekolahan 2027, anda boleh rujuk terus pada pautan rasmi PDF Kurikulum Persekolahan 2027.

Prestasi Pendidikan Negara Malaysia : Ranking PISA Malaysia 2022 Jatuh Merudum

Penguasaan Membaca, Matematik dan Sains Pelajar Lemah

Ranking PISA Malaysia 2022

Menurut laporan daripada pihak OECD, purata markah yang dikumpul hasil daripada keputusan PISA 2022 menyaksikan negara Malaysia dibawah min purata OECD yang menunjukkan pendidikan negara melemah. Kenyataan OECD juga mengatakan bahawa:

  • Dalam matematik, topik utama PISA 2022, kanak-kanak berumur 15 tahun mendapat 409 mata berbanding purata 472 mata di negara OECD .Secara purata, kanak-kanak berumur 15 tahun mendapat 388 mata dalam bacaan berbanding purata 476 mata di negara OECD .
  • Di Malaysia, prestasi purata dalam sains kanak-kanak berumur 15 tahun ialah 416 mata, berbanding purata 485 mata di negara OECD .
  • Di Malaysia, 41% pelajar mencapai sekurang-kurangnya Tahap 2 kecekapan dalam matematik , jauh lebih rendah daripada purata di seluruh negara OECD (purata OECD: 69%). Sekurang-kurangnya, pelajar ini boleh mentafsir dan mengenali, tanpa arahan langsung, bagaimana situasi mudah boleh diwakili secara matematik.
  • Kira-kira 1% pelajar di Malaysia adalah berprestasi tinggi dalam matematik , bermakna mereka mencapai Tahap 5 atau 6 dalam ujian matematik PISA (purata OECD: 9%). Pada tahap ini, pelajar boleh memodelkan situasi yang kompleks secara matematik, dan boleh memilih, membandingkan dan menilai strategi penyelesaian masalah yang sesuai untuk menanganinya.
  • Di Malaysia, 27% pelajar (bahagian terbesar) berada dalam kuintil antarabangsa ke-2 skala sosio-ekonomi , bermakna mereka bukanlah antara yang paling kurang bernasib baik, mahupun antara pelajar paling berfaedah yang mengambil ujian PISA pada tahun 2022. skor purata dalam matematik ialah 387 mata skor. Di Türkiye dan Viet Nam, pelajar yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang serupa cenderung mendapat markah yang lebih tinggi.

Sumber : OECD

Untuk menetahui lebih berkenaan ranking pisa Malaysia 2022, anda boleh rujuk pada perkongsian kami berkenaan PISA 2022.

KPM Perlu Mengembalikan Peperiksaan

Ada juga pihak yang berpendapat adalah perlu untuk KPM mengembalikan peperiksaan seperti peperiksaan besar UPSR dan PT3 yang mana ia dilihat sabagi kayu ukur dan memberi kesedaran kepada para ibu bapa serta guru untuk mengetahui tahap pendidikan seorang pelajar.

Apabila adanya peperiksaan ini, pelajar tersebut akan diberi pemantauan dan kecaknaan untuk memastikan kefahaman ilmu pengetahuan mereka jelas dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana seorang pelajar perlu untuk diberi perhatian lebih sekiranya lemah dalam pembelajaran.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati