Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500, RM300, dan RM100 ini merupakan bantuan terkini oleh kerajaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+). Pada 31 Mei 2021, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan program bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus sebagai inisiatif terbaharu Kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi seluruh negara, terutamanya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat atau total lockdown untuk tempoh dua minggu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.
Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500, RM300, dan RM100
Isi Kandungan
Langkah baharu PEMERKASA Plus akan dilaksanakan berlandaskan 3 matlamat utama seperti berikut:
- Matlamat Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam,
- Matlamat Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, dan
- Matlamat Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan
Menerusi Matlamat Kedua, Kerajaan akan terus mengutamakan agenda prihatin rakyat. Hal ini terutamanya bagi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup golongan rentan dan pekerja yang bergantung kepada upah harian supaya terus dapat dibantu oleh kerajaan. Tidak dinafikan, mereka inilah antara yang paling terkesan susulan penguatkuasaan PKP ini. Sehubungan itu, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah 2.1 bilion Ringgit Malaysia bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.
Kategori Penerima
Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500
Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan ke Bawah | Menerima kadar BPR tambahan RM500 |
Isi Rumah Berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 | Menerima kadar BPR tambahan RM300 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan ke Bawah | Menerima kadar BPR tambahan RM100 |
Tarikh Pembayaran
Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan
- Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun ini.
- Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir Bantuan Prihatin Rakyat pada bulan September kelak sebanyak 2.4 bilion ringgit.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk menerusi Perutusan Khas Bantuan PKP 3.0 oleh YAB Perdana Menteri.
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Cara Kemas Kini Status Mengandung dan Menyusukan Bayi di Aplikasi MySejahtera ataupun Jawatan Kosong Pembantu Hidupan Liar G11.
Diharapkan agar Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500, RM300, dan RM100 ini dapat memberi sinar baharu kepada golongan-golongan rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan total lockdown pada masa ini. Anda semua diseru agar dapat memanfaatkan bantuan kerajaan ini sebaiknya dalam menghadapi kos sara hidup harian yang semakin meningkat. Di samping itu, tidak lupa juga untuk terus kekal mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa dalam membendung penularan pandemik Covid-19 yang semakin parah.