Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 PADA 25 APRIL INI l SEMAK KELAYAKAN ANDA

Bantuan Khas Aidilfitri RM500
Bantuan Khas Aidilfitri RM500

Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Pada 25 April, Semak Kelayakan Anda Segera!. Kerajaan Malaysia baru sahaja mengumumkan pakej bantuan sempena sambutan hari raya aidi fitri tahun 2022. Bantuan tersebut berupa bantuan kewangan sempena menyambut hari raya yang tidak lama lagi akan berlansung. Bantuan sebanyak diantara RM250 ke RM500 akan memberi manfaat yang  banyak kepada mereka yang layak menerima.

Pemberian bantuan ini akan memberi manfaat kepada mereka yang kesempitan wang dan terkesan akibat pandemik COVID19. Bantuan khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dari dua juta penjawat awam dan pesara kerajaan.

Kerajaan Malaysia akan mula menyalurkan bantuan kepada mereka yang layak menerima mulai 25 April. Sehubungan itu, kerajaan juga telah menggariskan panduan syarat kelayakan untuk menerima bantuan khas aidilfitri tahun 2022.

Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam Dan RM250 Kepada Pesara Kerajaan

Perdana Menteri sedia maklum bahawa pada 5 April 2022 telah bersetuju supaya Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Tahun 2022 (BKKA 2022) sebanyak RM500 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professiona serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan kebawah.

Manakala, Bantuan Khas Aidilfitri RM500 juga dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen termasuk penerima pencen terbitan dibawah undang-undang pencen serta pesara skim KWSP yang bersara daripada perkhidmatan awam pada atau sebelum 25 April 2022.

Pembayaran ini juga akan diberikan kepada pegawai kontrak seperti :

  1. Pegawai lantikan MYSTEP yang tempoh kontraknya sah sehingga 25 April 2022.
  2. Guru interim
  3. pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai jawatan utama B dan keatas.
  4. Pemandu yang dilantik oleh anggota pentadbiran dan hakim dari pesuruhjaya kehakiman.
  5. pesara dan veteran yang dilantik semula secara COS dan sah sehingga 25 April 2022 layak menerima RM500.
  6. Veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Adalah Berdasarkan Terma Dan Syarat

Pembayaran ini tidak layak diberikan kepada pegawai – pegawai :-

  1. pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku , dipinjam / tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama / Gred Khas ;
  2. Pegawai yang dijatuhkan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 April 2022 ; pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 April 2022 ;
  3. pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 April 2022 ;
  4. pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan ; dan
  5. pegawai yang tidak mendapatkan dos imunisasi COVID yang lengkap selain atas sebab kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar

Pegawai yang ditahan kerja , digantung kerja atau telah dikeluarkan surat pertuduhan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib akan ditangguhkan pemberian BKKA 2022 sehingga Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah .

Pemberian Kerajaan Adalah Tanda Penghargaan Kerajaan Kepada Pekerja Awam Dan Pesara Awam

Pengumuman kerajaan dengan bantuan khas aidilfitri merupakan tanda penghargaan jasa kepada mereka yang telah memberi khidmat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Usaha mereka dalam memberi khidmat yang terbaik harus kita hargai. Kerana khidmat pekerja awam kita dapat merasa mudah di dalam urusan membabitkan sektor kerajaan.

“Bantuan Kerajaan Memastikan Kelansungan Hidup Masyarakat Malaysia”

Bantuan Khas Aidilfitri 2022 : RM500 Penjawat Awam dan RM250 Pesara. Berita gembira kepada penjawat awam dan pesara kerajaan. Ini adalah kerana sebelum ini tiada inisiatif di dalam bajet perbelanjawan tahunan kerajaan. Kini luahan dan rintihan mereka didengari dan kerajaan sedia memberi bantuan khas kepada penjawat awam dan pesara kerajaan yang harus diberi perhatian kerana ada juga dikalangan mereka yang layak menerima imbuhan dari kerajaan.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati