Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jom Shopping Perayaan Baucar Dinaikkan RM200 Ini Cara Mohon

Jom Shopping Perayaan (Baucar) Dinaikkan RM200 | Ini Cara Mohon!
Jom Shopping Perayaan

Jom Shopping Perayaan Baucar Dinaikkan RM200 Ini Cara Mohon Negeri Selangor adalah merupakan antara negeri yang konsisten dalam membantu rakyat negeri serta memberikan keselesaan dengan pelbagai perancangan mahupun usaha demi memajukan dan membantu mereka yang tergolong dalam golongan yang memerlukan. Datuk Seri Amirudin Shari yang merupakan Menteri Besar Selangor telah membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2023 dengan bertemakan #KitaSelangor: Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan, Menjayakan Harapan.

Untuk makluman anda seluruh rakyat Malaysia, kini sekali lagi kerajaan negeri Selangor telah membuka permohonan bantuan Baucar Jom Shopping Perayaan yang mana ia adalah program yang sudah dijalankan secara tahunan sejak 2012 lagi melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi.

Setiap kali tiba musim perayaan, warga Selangor yang kurang bernasib baik akan diberi Baucar Jom Shopping oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi dibelanjakan supaya kegembiraan ini dapat dikongsi bersama. Bermula tahun 2023, Kerajaan Negeri Selangor kini telah mengumumkan baucar Jom Shopping Perayaan akan dinaikkan dari RM100 kepada RM200.

Berikut adalah info dan maklumat terkini bantuan kerajaan

Telegram Official Bantuan Kerajaan

Jom Shopping Perayaan Baucar Dinaikkan RM200 Ini Cara Mohon

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menurutnya dalam ucapan bajawa Baucar Jom Shopping ini akan membantu dan memberikan banyak manfaat kepada 82,400 rakyat Selangor dengan peruntukan keseluruhan yang telah disediakan adalah sebanyak RM16.48 juta. Dengan langkah ini ia akan menunjukkan keprihatinan dan cakna kerajaan negeri Selangor ini terhadap ekonomi dan keperluan rakyatnya dari semasa ke semasa.

Berapakah Kriteria Had Pendapatan Isi Bagi Penerima Manfaat?

Berkata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kriteria had pendapatan isi rumah untuk penerima manfaat akan ditingkatkan dari RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.

  • “Ini akan memberikan manfaat kepada 82,400 orang dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM16.48 juta. Langkah ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap ekonomi dan keperluan rakyatnya,” kata beliau sewaktu membentangkan Belanjawan Selangor 2023.

Jom Shopping Perayaan Baucar Dinaikkan RM200

Apakah Perkara Yang Ditambahbaik Untuk Baucar Jom Shopping Perayaan Selangor?

Bermula untuk tahun 2023 ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memberitahu bahawa baucar Jom Shopping Perayaan akan ditambahbaik seperti berikut:

  • Bantuan Baucar Jom Shopping Perayaan dinaikkan kadarnya dari RM100 ke RM200
  • Kriteria had pendapatan bagi isi rumah untuk penerima manfaat ditingkatkan dari RM2,000 ke RM3,000 sebulan seperti yang telah dimaklumkan.

Perayaan Apakah Yang Dikategorikan Dapat Bantuan Ini?

Untuk makluman anda, program bantuan ini yang dijalankan semenjak 2012 itu adalah merupakan program bantuan dimana ia dilaksanakan bersempena tiga perayaan utama iaitu:

  1. Hari Raya Aidilfitri
  2. Tahun Baru Cina
  3. Deepavali

Kenapa Baucar Jom Shopping Perayaan Ini Dibuat?

Untuk pengetahuan semua,Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari Amirudin berkata untuk tahun yang lalu adalah sebanyak RM7.3 juta telahpun diperuntukkan serta sejumlah RM7,083,900 telah juga dibelanjakan oleh seramai 70,995 penerima rakyat Selangor untuk tujuan pembelian barangan keperluan untuk menyambut perayaan masing-masing bagi meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan serta untuk mereka dapat membuat persiapan menyambut perayaan masing-masing dengan baik dan gembira.

Kini terdapat beberapa bantuan kerajaan yang disediakan untuk dimohon segera :

  1. Bantuan Kanak-Kanak JKM RM200 Sehingga RM1000
  2. Makluman : PERCUMA Bantuan Bil Air Dilanjutkan 2024 | Sila Semak Kelayakan Anda!
  3. Permohonan : Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar RM100 Setiap Bulan Dilanjutkan 2023 | Semak Kelayakan Permohonan Anda!
  4. MAKLUMAN : Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022 | Mohon Dan Semak Kelayakan Anda!
  5. Bantuan Elaun RM300 Kepada Pelajar Sekolah Dan Graduan

Jom Shopping Perayaan (Baucar) Dinaikkan RM200 | Sempena Tahun Baru Cina

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Permohonan Bantuan Jom Shopping Perayaan 2023?

Untuk makluman buat para pemohon, syarat kelayakan ini perlulah dilihat degan sebaiknya sebelum memohon. Dan segala syarat-syarat kelayakan yang telah disediakan adalah bersumberkan dari laman rasmi kerajaan negeri Selangor sendiri. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Penerima adalah merupakan Warganegara Malaysia.
  2. Penerima juga menetap di mana-mana bahagian DUN di dalam Negeri Selangor.
  3. Penerima adalah merupakan pengundi di dalam mana-mana DUN di Negeri Selangor.
  4. Penerima adalah bukan penerima manfaat Bingkas dan penerima Baucar SMUE-Skim Mesra Usia Emas.
  5. Penerima bantuan adalah masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali;
  6. Penerima bantuan mempunyai pendapatan seisi rumah (isi keluarga) adalah RM3,000 dan ke bawah;
  7. Penerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan
  8. Hanya seorang penerima bantuan sahaja yang layak menerima baucar bagi setiap keluarga; dan
  9. Penerima bantuan juga adalah bukan penerima manfaat di bawah Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).

Penerima boleh merujuk syarat kelayakan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri Selangor secara rasmi dilaman sesawang ini seperti berikut Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor Jom Shopping Perayaan 2023

Sempena Tahun Baru Cina – Segera Mohon Bantuan Jom Shopping Perayaan 

Bagaimanakah Cara Untuk Buat Permohonan Bantuan Ini?

Untuk makluman penerima yang telah layak dengan kategori bantuan Jom Shopping Perayaan ini, permohonan bantuan ini boleh dibuat adalah dengan cara mengisi borang permohonan Borang secara anual di tempat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN atau Pusat Penyelaras DUN.

Anda juga dikehendaki supaya bawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mengisi borang permohonan ini.

Sila hubungi pejabat DUN atau penyelaras DUN (rujuk http://dewan.selangor.gov.my/direktori-pusat-khidmat-adun/).

Apakah Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Bantuan Jom Shopping Perayaan Ini?

Untuk makluman para penerima bantuan, anda juga perlulah memastikan segala dokumen yang diminta disediakan dengan baik supaya permohonan anda tidak ditolak. Dokumen yang diperlukan bagi penerima dan perlu dibawa bersama adalah seperti berikut:

  1. Penerima perlu menyediakan salinan kad pengenalan pemohon serta pasangan masing-masing
  2. Penerima juga perlu ada salinan slip gaji terkini ataupun pengesahan pendapatan dari (Majikan/Penghulu/Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah/Pengerusi Persatuan Penduduk).
  3. Penerima disarankan menyediakan Sijil kematian/sijil cerai (jika sekiranya ada berkenaan).

Maklumat lanjut mengenai Baucar Jom Shopping, anda boleh layari laman web ini https://www.selangor.gov.my/.

Kenapakah Tujuan Bantuan Jom Shopping Perayaan Ini Diberikan Mengikut Dun Masing-masing?

Untuk makluman semua, pembahagian jumlah penerima mengikut ketiga-tiga perayaan utama tersebut adalah berdasarkan kepada statistik pengundi berdaftar mengikut bangsa Melayu, Cina dan India di setiap DUN yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Kaedah ini dapat membantu untuk mengenalpasti DUN yang mempunyai jumlah pengundi yang tertinggi mahupun yang terendah mengikut bangsa dan memudahkan proses pembahagian baucar bagi Program Bantuan Baucar Sempena Hari Raya Aidilfitri, Perayaan Tahun Baru Cina, dan Sambutan Perayaan Deepavali. Oleh yang demikian, pelaksanaan Program Jom Shopping Perayaan ini telah mengambil kira berdasarkan 3 kelompok etnik utama di Malaysia dimana penganut Kristian turut tergolong di dalam 2 etnik utama iaitu Cina dan India sebagai penerima baucer bagi Program Jom Shopping berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Rujuk di laman web rasmi kerajaan negeri Selangor ini http://dewan.selangor.gov.my/question/jom-shopping-perayaan/

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati