SEMAK KELULUSAN PERMOHONAN i SINAR
Pastinya ramai yang sudah maklum, status kelulusan untuk permohonan i-Sinar KWSP akan diberitahu pada 4 Januari 2021 bagi kategori 1. Bagi yang lulus, tahniah diucapkan dan gunalah wang itu sebaik dan sewajarnya. Bagi yang gagal, anda boleh menghubungi atau mengunjungi mana-mana cawangan KWSP terdekat untuk maklumat yang lebih lanjut.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuat semakan permohonan anda secara atas talian.
Cara pertama adalah dengan membuka laman web i-Sinar. Manakala cara kedua pula dengan membuka lawan web rasmi KWSP.
Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan kelulusan. Pastikan anda membuat semakan pada 4 Januari 2021.
- CARA SEMAK i-SINAR KWSP MELALUI LAMAN WEB i-SINAR
- Layari laman web i-Sinar ( https://isinar.kwsp.gov.my )
- Klik pada butang semak status
- Masukkan maklumat yang diminta
- CARA SEMAK i-SINAR KWSP MELALUI LAMAN WEB KWSP
- Layari laman web KWSP ( https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login )
- Log masuk ke i-Akaun anda sebagai ahli
- Semak peti mesej masuk atau inbox
- Cari mesej mengenai permohonan i-Sinar diluluskan atau tidak
Sekiranya permohonan anda diluluskan, pembayaran akan dibuat secara pengkreditan terus ke akaun bank anda. Pembayaran bagi kategori 1 dijangka bermula pada pertengahan Januari 2021.
Bagi kategori 2, permohonan akan mula dibuka pada 11 Januari 2021. Jika ada permohonan dari kategori 1 yang gagal, anda masih boleh membuat permohonan baru tetapi anda dimohon untuk rujuk kepada KWSP sebelum melakukan permohonan seterusnya untuk memastikan anda maklum mengenai punca kegagalan permohonan tersebut.