Keputusan STPM 2020 Akan Diumumkan Pada 1 Julai 2021.
Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan hari ini yang diadakan di Kuala Lumpur.
MPM mengatakan bahawa calon-calon STPM 2020 boleh mengakses keputusan mulai jam 12 tengah hari pada Khamis, 1 Julai 2021.
Pihak MPM juga menjelaskan terdapat beberapa kaedah untuk calon menyemak keputusan STPM itu. Pada sidang media itu, pihak MPM berkata:
” Kaedah pertama ialah semakan penuh boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan Semak Keputusan STPM”
“Kaedah yang kedua adalah menerusi perkhidmatan SMS, dimana calon akan mendapat ringkasan keputusan dengan menaip STPM<jarak>No.Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 68886 bermula jam 11 pagi pada 1 Julai sehingga 9 Julai 2021.”
Sebelum ini, pihak KPM telah mengumumkan tarikh keputusan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021.
“Bagi calon yang telah memberikan alamat e-mel kepada pihak MPM, keputusan calon juga akan dihantar oleh pihak MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai mulai jam 11 pagi.”
Pihak MPM juga menegaskan bahawa bagi calon yang tidak mempunyai akses internet, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga pihak sekolah akan menggunakan kaedah lain yang bersesuaian dalam memastikan calon mendapatkan keputusan STPM mereka.
Statistik sebelum ini mengatakan bahawa seramai 92,964 orang pelajar menduduki peperiksaan STPM 2020 yang bermula pada 8 Mac lalu.
Perkongsian Bermanfaat
Akhir kata, diharapkan dengan perkongsian berkaitan Keputusan STPM 2020 Akan Diumumkan Pada 1 Julai 2021 dapat memberikan maklumat terkini kepada warga para pelajar yang telah mengambil peperiksaan STPM 2020. Semoga para pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dan terbaik setelah bertungkus lumus memastikan mereka dapat menjawab peperiksan STPM dengan sempurna dalam keadaan pandemik ini.
Sebelum ini kami ada kongsikan beberapa bahan pendidik seperti Soalan Percubaan SPM Kedah 2020, Latihan Prasekolah:Aktiviti Menyurih, Modul PdPR Prasekolah :Latihan Baca, Salin dan Faham dan Percubaan SPM 2020 Biologi.
Semoga dengan pelaksanaan pembelajaran secara PdPR dapat membantu para pelajar dan bagi guru-guru pula diharap dapat menjalankan tugas sebaiknya demi memastikan sistem pendidikan sentiasa berada di tahap terbaik. Seperti kita tahu, semua pihak memberikan yang terbaik terutamanya dalam cabaran pandemik ketika ini. Ketika proses PdPR dijalankan, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka memberi komitmen semasa PdPR dijalankan.