Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tawaran Sarjana Pendidikan UPSI Mod Cuti Sekolah Ambilan September 2021

Tawaran Sarjana Pendidikan UPSI

Tawaran Sarjana Pendidikan UPSI Mod Cuti Sekolah Ambilan September 2021. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita gembira dan perhatian khususnya kepada para graduan Ijazah Sarjana Muda yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana.

Pihak UPSI telah membuka peluang kepada anda untuk mengikuti program Sarjana Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Mod Cuti Sekolah ambilan September 2021. UPSI mempelawa guru-guru dan graduan Ijazah Sarjana Muda yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk memohon kemasukan ke program ini.

Info Penting Permohonan Tawaran Sarjana Pendidikan UPSI

Tarikh Permohonan :

Tarikh Ditutup : 15 Ogos 2021

Maklumat Program Pengajian :

  • Program : Ijazah Sarjana Pendidikan
  • Ambilan : September 2021
  • Kampus Pengajian : Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
  • Tempoh Pengajian : 3 Semester
  • Yuran Pengajian : RM15,000 (Bantuan pembiayaan pendidikan disediakan)

Kursus-kursus Yang Ditawarkan :

Calon boleh melihat kursus-kursus yang ditawarkan seperti tertera pada iklan di bawah ini. Pastikan pemohon meneliti dan membaca iklan dengan tepat sebelum membuat permohonan.

upsi

Syarat Kemasukan

Pemohon yang memenuhi syarat kemasukan boleh memohon kemasukan ke program ini:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Peluang ini terbuka kepada SEMUA pemegang Ijazah Sarjana Muda

Cara Memohon

Bagi para graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berminat untuk menyertai program pendidikan yang ditawarkan, sila buat permohonan mengikut prosedur di bawah:

Kelebihan Program

Terdapat pelbagai kelebihan program Sarjana Pendidikan di UPSI ini. Antaranya ialah:

  • Yuran pengajian yang berpatutan dan antara termurah
  • Masa belajar yang fleksibel (kerja kursus)
  • Ijazah dianugerahkan UPSI
  • Tempoh pengajian hanya 3 semester
  • Terbuka kepada graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda
  • Pembelajaran sepenuhnya pada cuti sekolah
  • Bersemuka sebanyak 10 pertemuan dan komprehensif secara modular semasa cuti sekolah
  • Sebahagian kelas berkemungkinan dilaksanakan secara atas talian
  • Tiada tesis
  • Tiada viva
  • Tidak ada syarat penerbitan atau seminar
  • Hanya RM15,000 yuran pengajian keseluruhan
  • Boleh dibayar secara ansuran sebanyak 5 kali dalam tempoh pengajian
  • Yuran dibayar ke Bendahari UPSI
  • Biasiswa atau pinjaman pendidikan disediakan
180875921 100760025522330 5132821805692627560 n

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut berkaitan program yang ditawarkan ini, anda boleh menghubungi talian 017-5060857 atau layari laman Facebook Sarjana Pendidikan UPSI Mod Cuti Sekolah 2021.

Sebelum ini, kami ada kongsikan mengenai Permohonan Kemasukan Prauniversiti di Sekolah Sains Malaysia, Panduan Menghadapi Temuduga SPP dan sebagainya di portal Sistem Guru Online.

Semoga perkongsian ini iaitu Tawaran Sarjana Pendidikan UPSI Mod Cuti Sekolah Ambilan September 2021 memberikan informasi bermanfaat buat semua khususnya kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati