Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Jawatan Kosong SPA Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan) Top

Jawatan Kosong SPA Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)
Jawatan Kosong SPA Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)

Jawatan Kosong SPA Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan) ini merupakan jawatan yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 10 Mei 2021 (Isnin), jam 11:59 malam. Pengambilan kali ini yang dibuka adalah sebanyak 20 kekosongan dan 32 simpanan.

Individu yang dilantik ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan) ini akan ditempatkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak SPA sedang mencari calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut sekiranya ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Berketerampilan baik
  2. Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Deskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)

  • Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) bertanggungjawab menjalankan pemulihan dan rehabilitasi masalah komunikasi, kelancaran bertutur, masalah suara serta memberi khidmat kaunseling.
fe8851ca 2d9a 4b66 b8a8 cfaab8413e0d 2
Jawatan Kosong SPA Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)

Jadual Gaji Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)

Gaji Minimum RM 2,429.00
Gaji Maksimum RM 9,656.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia, dan
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan

Syarat Kelayakan Akademik

  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan (pertuturan) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurupulih Perubatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan), tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan

  • mempunyai kelayakan akademik seperti di atas.

Had Umur Pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun, atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun, atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Dapatkan “Iklan Jawatan kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan jawatan kosong tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN SPA9 PG KKM Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 Pertuturan

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/kelulusan ijazah sarjana muda yang telah diiktiraf oleh senat universiti /jawatankuasa yang berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Cara Permohonan Jawatan Kosong SPA Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

962d49ee cacc 4aaa 9fc1 0edadb60e448
Jawatan Kosong SPA Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti berikut:

  1. Jawatan Kosong SPA Pegawai Psikologi Gred S41 (Kaunseling)
  2. Jawatan Kosong SPA Pegawai Psikologi Gred S41 (Klinikal)
  3. Jawatan Kosong SPAJ Pengawal Keselamatan KP11
  4. Jawatan Kosong SPAJ Penghantar Notis N11
  5. Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Perikanan G19
  6. Jawatan Kosong SPAJ Juruteknik Komputer FT19
  7. Jawatan Kosong SPAJ Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19
  8. Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Hal Ehwal Islam S19
  9. Jawatan Kosong SPAJ Penolong Pegawai Tadbir N29

Semoga perkongsian Jawatan Kosong SPA Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan) ini dapat memberi maklumat lengkap kepada anda semua yang ingin membuat permohonan bagi jawatan ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan jawatan kosong ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati