Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

“Pengambilan Guru Ditambah”- KPM l Peluang Keemasan Graduan Jadi Guru Tahun 2022

Pengambilan Guru

“Pengambilan Guru Ditambah”- KPM l Peluang Keemasan Graduan Jadi Guru Tahun 2022. Kerajaan Malaysia dijangkan akan menambah bilangan intake guru baharu di sekolah daripada kira-kira 4,000 sehingga 5,000 orang setahun sebelum ini kepada angka yang lebih besar.

Menurut Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr.Radzi Jidin beliau mengatakan pertambahan jumlah intake guru baharu itu akan dilaksanakan tahun ini,2022.

Menurutnya lagi, KPM bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan berusaha untuk melaksanakan intake guru lebih ramai bagi setiap tahun, mengikut keperluan. -Utusan

“Pengambilan Guru Ditambah”- KPM l Peluang Keemasan Graduan Jadi Guru Tahun 2022

Intake Guru Secara One-Off

ff320f03 1974 4eca a191 27bc8c915c25

Beliau mengatakan lagi, sewaktu di kementerian terdapat kekosongan guru pada masa itu sebanyak 18,702 orang dan selepas pihak KPM membuat pengambilan one-off guru baharu, KPM telah dapat mengambil lebih 16,000 orang guru baharu iaitu bersamaan 88 peratus daripada keseluruhan.

“Pengambilan Guru Secara One-Off Ini Antara Pengambilan one-off Guru Terbesar Yang Pernah Dibuat..”

Biasanya setiap tahun sekitar 4,000 ke 5,000 orang guru sahaja yang akan diambil namun apabila KPM sendiri menukar pendekatan kepada ‘Sistem Kluster’ rupa-rupanya banyak pengambilan one-off guru boleh dilakukan.

Tahun 2022 : KPM Akan Teruskan Pengambilan one-off Guru Bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP)

Menurut Datuk Dr.Radzi Jidin, beliau menegaskan akan banyak lagi pengambilan guru yang akan dibuat dengan kerjasama pihak SPP. Pengambilan one-off guru juga dijangka akan lebih daripada yang diambil sebelum wabak COVID-19.

Antara Faktor Yang Menyebabkan Kekurangan Guru Sebelum Ini Ialah Berlaku Backlog Atau Pengambilan one-off Guru Yang Tertangguh

Terjawab sudah persoalan sebelum ini mengenai pengambilan one-off guru, rupanya pihak KPM menghadapi masalah dalam sistem pengambilan. KPM terus berusaha untuk menyelesaikan lambakan graduan guru.

Isu kekurangan guru sebenarnya sudah lama dan sekarang pihak KPM akan mengambil inisiatif baharu yang diperkenalkan dalam urusan pengambilan one-off guru.

KPM Perkenalkan Pengambilan one-off Guru Adalah Berdasarkan Kluster Mata Pelajaran

Pengambilan one-off Guru Menggunakan Kaaedah Baharu

Datuk Dr.Radzi Jidin mengulas lanjut, Contohnya dahulu jika graduan pendidikan dalam bidang fizik, kena tunggu ada kekosongan opsyen dalam subjek fizik di sekolah baru boleh diambil untuk mengajar.

Melalui kaedah pengambilan baharu, iaitu pengambilan berdasarkan kluster mata pelajaran, graduan fizik yang akan mengajar mata pelajaran fizik sememangnya tahu matematik itu bermakna graduan fizik juga boleh mengajar subjek matematik.

KPM Kaji Melalui Course Outline Untuk Membuat Pembaharuan

Usaha KPM dalam menyelesaikan masalah pengambilan one-off guru adalah usaha sama pelbagai pihak. Banyak yang dibincangkan untuk menambah baikan sistem pengambilan guru kali ini.

Pengambilan guru kali ini dijangka akan ada sambutan luar biasa ekoran KPM mengkaji cara pengambilan guru yang berdasarkan kaedah kluster mata pelajaran.

Katakanlah, graduan fizik boleh mengajar fizik, matematik dan sebagainya, maka melalui pendekata ini KPM dapat ‘pool’ yang lebih besar dalam urusan pengambilan guru!

Pihak KPM juga merasakan pengambilan guru kali ini akan dapat selesaikan dengan tinggi peratusan pengambilan dan jumlah pengambilan itu sendiri.

Ini merupakan berita yang positif dalam pendidikan Malaysia. Melalui kajian yang mendalam mengenai pengambilan guru ini dijangka dapat menyelesaikan masalah dikalangan graduan seperti kes penganguran, lambakan graduan pendidikan dan lain-lain lagi.

Bakal-Bakal Guru Diminta Bersedia Untuk Pengambilan Guru Tahun 2022

Berita baik buat mereka yang sedang menunggu-nunggu pengambilan guru tahun ini. Mungkin ada rezeki kepada ramai graduan dalam pengambilan guru tahun ini. Diharapkan juga mereka yang terpilih dalam panggilan temuduga SPP bersedia.

Baca juga : Panggilan Temuduga SPP: Guru Ini Kongsikan 10 Persediaan “LULUS” Yang Calon Wajib Ambil Cakna

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati