Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

4 Cara Terbaik Memperkenalkan Diri Ketika Temu Duga

Cara Terbaik Memperkenalkan Diri Ketika Temu Duga

Cara Terbaik Memperkenalkan Diri Ketika Temu Duga dikongsikan kepada anda semua untuk menghadapi temu duga pekerjaan, kemasukan universiti dan sebagainya. Perkenalan diri merupakan soalan yang wajib ditanya ketika temu duga.

Walaupun soalan seperti “Bolehkah memperkenalkan diri anda?” kelihatan mudah untuk dijawab, namun kebanyakan individu gagal menepati kriteria atau jawapan yang diinginkan oleh majikan. Oleh itu, anda perlu mengetahui cara memperkenalkan diri dengan baik dan sentiasa melakukan latihan.

Tips Memperkenalkan Diri Ketika Temu Duga

Lazimnya, temu duga akan dimulakan dengan soalan wajib ini. Soalan perkenalkan diri dipilih oleh penemuduga sebagai permulaan bualan atau ice breaking sebelum mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan calon.

408670689 1544106749742317 7487900793931887687 n 4

1) Perkenalkan Diri Anda Secara Ringkas

  • Untuk memperkenalkan diri, berikut adalah perkara-perkara yang penting:-
    • Nama, umur, tempat asal, latar belakang pendidikan, minat berkaitan jawatan, pengalaman pekerjaan
    • Jangan masukkan maklumat peribadi seperti jumlah adik beradik, anak dan sebagainya.

2) Terangkan Status Semasa

  • Pengalaman bekerja di syarikat atau organisasi sebelum ini.
  • Latar belakang pendidikan seperti tempat belajar, jurusan yang diambil di universiti
  • Bagi fresh graduate yang tidak mempunyai pengalaman bekerja, anda boleh menerangkan berkaitan aktiviti ketika latihan industri dan kegiatan di universiti.
  • Anda juga boleh menceritakan hobi dan minat anda berkaitan dengan jawatan yang diminta
  • Ceritakan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada diri anda dan syarikat yang bersesuaian dengan jawatan yang diminta.

3) Pencapaian Anda

  • Anda boleh ceritakan pencapaian terbaik anda ketika berkhidmat di syarikat sebelum ini atau semasa anda sedang belajar di universiti.
  • Pastikan pencapaian anda mempunyai kaitan dan memberi faedah dengan jawatan yang dipohon

4) Terangkan Mengapa Anda Memohon Jawatan Itu

  • Untuk bahagian ini, ia seolah-olah anda menjual atau menonjolkan kelebihan yang anda miliki kepada pihak syarikat.
  • Terangkan kemahiran-kemahiran dan kekuatan diri yang anda miliki sekaligus dapat memberikan sumbangan kepada pihak syarikat
  • Sebagai contoh, anda pandai menggunakan software tertentu, mempunyai sifat kepimpinan, boleh bekerja secara berkumpulan, mampu mengawal tekanan di tempat kerja dan lain-lain.
  • Untuk fresh graduate, boleh ceritakan kemahiran yang pernah anda tonjolkan ketika belajar di universiti.
  • Jangan terlalu panjang, pastikan jawapan adalah padat dan ringkas.

Bagi calon-calon yang terpilih untuk menghadapi temu duga ke UPU, anda boleh lihat artikel yang kami kongsikan sebelum ini Tips Persediaan dan Senarai Semak Temu Duga ke UPU.

Perkongsian Bermanfaat

408690238 1544106963075629 1596214460150520273 n 3

Semoga artikel yang kami kongsikan kali ini Cara Terbaik Memperkenalkan Diri Ketika Temu Duga dapat memberikan panduan serta faedah kepada anda semua terutamanya pelajar-pelajar yang bakal menjalani temu duga ke universiti. Untuk mengetahui lebih banyak lagi info berkaitan pendidikan, bantuan kerajaan dan sebagainya, sila layari laman sesawang kami Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati