Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua (SKPMg2)
Isi Kandungan
Beberapa penambahbaikan Evidens Lengkap telah dilakukan terhadap Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010 setelah melalui beberapa fasa kajian dan mesyuarat. Hasil daripada penambahbaikan ini, maka terbentuklah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua (SKPMg2) yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga bagi menyelaraskan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.
Pengenalan Berkenaan Evidens Lengkap SKPM 2010
SKPM adalah merupakan satu dokumen rujukan yang digubal oleh Jemaah Nazir untuk tujuan pemantauan dan penyeliaan apabila mereka melawat ke sekolah-sekolah. SKPM terdiri daripada 3 dokumen iaitu:
- SKPM 1 – Penyataan Standard (PS)
- SKPM 2 – Instrumen Pemastian Standard (IPS)
- SKPM 3 – Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)
Fungsi utama SKPM ini dilancarkan adalah sebagai alat atau instrumen untuk menilai dan menentukan standard kecemerlangan sekolah. Ciri-ciri utama SKPM pada 2010 adalah ianya merupakan kesinambungan SKPM-Sekolah (2003), bersifat menyeluruh (merangkumi semua aspek pengurusan pendidikan di sekolah), seiring dengan perkembangan terkini (1M1S), berfokus pada proses, menekankan kepada kemenjadian murid serta mesra pengguna.
Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan untuk membangunkan potensi murid perlu ada 5 prinsip di bawah:
- Minda Terbuka
- Naluri Terbuka
- Secara Praktikal
- Emosi Terbuka
- Semangat Dalaman
Setiap guru hendaklah menanamkan 5 prinsip di atas semasa berada di dalam kelas supaya setiap pelajar akan menunjukkan sikap ketersediaan untuk belajar.
Pelaksanaan SKPMg2
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah mengeluarkan draf SKPMg2 pada 13 September 2016 yang menjadikan draf ini sebagai piawai yang digunakan bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan merangkumi bidang kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraaan dan kemenjadian murid. Muat turun dokumen berkenaan dengan pengenalan SKPMg2 untuk penerangan lebih terperinci.
Standard 1: Kepimpinan
Pengetua atau Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berperanan penting berupaya dalam bekerjasama dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
- Pengetua atau Guru Besar Sebagai Peneraju
- Pengetua atau Guru Besar Sebagai Pembimbing
- Pengetua atau Guru Besar Sebagai Pendorong
Standard 2: Pengurusan Organisasi
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk menaiktaraf keberkesanan pengoperasian sekolah.
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Aset
- Pengurusan Kewangan
- Sumber Pendidikan
- Iklim
- Pengurusan Perpaduan
- Permuafakatan Strategik
Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid ini diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah.
SKPMg2 Standard 3.1 : Pengurusan Kurikulum
- Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
- Pengurusan Mata Pelajaran
- Pengurusan Masa Instruksional
- Pengurusan Penilaian Murid
SKPMg2 Standard 3.2: Kokurikulum
- Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
- Pengurusan Kelab atau Persatuan
- Pengurusan Badan Beruniform
- Pengurusan Sukan atau Permainan
- Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
- Pengurusan Sukan Untuk Semua
- Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum
SKPMg2 Standard 3.3: Hal Ehwal Murid
- Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
- Pengurusan Disiplin Murid
- Pengurusan Keselamatan Murid
- Pengurusan Kesihatan Murid
- Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
- Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Evidens Lengkap Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Standard 4 adalah berfokuskan kepada aspek guru dan juga melibatkan peranan pelajar dalam mencapai standard ini.Guru berperanan sebagai pemudahcara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap yang optimum secara berkekalan.
- Guru Sebagai Perancang
- Guru Sebagai Pengawal
- Guru Sebagai Pembimbing
- Guru Sebagai Pendorong
- Guru Sebagai Penilai
- Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Dapatkan bahan-bahan tentang contoh evidens standard 4 ini di laman web rasmi Sistem Guru Online.
Evidens Lengkap Standard 5: Kemenjadian Murid
Murid yang diajar secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
- Kemenjadian Murid Dalam Akademik
- Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
- Kemenjadian Sahsiah Murid
Dapatkan “Pengenalan SKPMg2” di sini
Dapatkan modul pengenalan SKPMg2 disini untuk memahami tentang penambahbaikan daripada SKPM 2010 terdahulu.
Download Evidens Lengkap : Link Download disini
Dapatkan informasi terkini di laman web rasmi Sistem Guru Online.