Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

ZAKAT KEDAH : BANTUAN AWAL IPT 2021

skim 1536x1536 1
BANTUAN AWAL IPT 2021

Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mewujudkan Skim Bantuan Awal IPT 2021 untuk membantu pelajar baru yang berpeluang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda bagi sesi 2021. Permohonan untuk skim ini bakal dibuka pada 15 Februari 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Bantuan ini akan diberikan secara one off. Bantuan Awal IPT atau Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Dalam Negara diberikan khas kepada pelajar yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di IPT dalam negara sahaja.

Untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam STPM atau STAM di peringkat sekolah tidak termasuk dalam kategori yang layak memohon.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL IPT 2021

  1. Beragama Islam
  2. Bermastautin/menetap di negeri Kedah (alamat surat tawaran)
  3. Menerima surat tawaran untuk menyambung pelajaran bagi peringkat Sijil/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Mudah sepenuh masa bagi tahun 2021 sahaja dan telah pun membuat pembayaran pandaftaran awal pengajian
  4. Tempoh pengajian minimum setahun kecuali bagi pengajian kemahiran sekurang-kurangnya 3 bulan
  5. Berumur 18 tahun semasa memohon kecuali bagi kes-kes tertentu yang pelajar dibenarkan memasuki IPT di bawah umur
  6. Menyambung pengajian di IPT
  7. Pelajar yang menyambung pengajian PPISMP tidak layak memohon
  8. Borang permohonan yang lengkap mestilah dihantar bersama lampiran dokumen yang telah disahkan.
BANTUAN AWAL IPT 2021
BANTUAN AWAL IPT 2021

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN AWAL IPT 2021

  1. Layari http://ipt.zakatkedah.com.my/
  2. Tekan bahagia APLIKASI DALAM TALIAN dan pilih MENU BANTUAN AWAL IPT
  3. Untuk pemohon baru, tekan bahagian PERMOHONAN BARU
  4. Isikan setiap maklumat yang diminta dengan lengkap dan jelas
  5. Muat naik segala dokumen yang disahkan dalam ruangan lampiran
  6. Hantar

Pastikan sebelum anda membuat permohonan, semua lampiran dokumen yang diperlukan telah siap dan disahkan. Berikut adalah senarai lampiran dokume yang diperlukan untuk melanjutkan permohonan anda :

  1. Salinan kad pengenalan pelajar
  2. Salinan kad pengenalan waris
  3. Surat tawaran menyambung pelajaran ke IPT
  4. Salinan slip bank/resit bayaran awal pendaftaran pengajian
  5. Salinan akaun bank pelajar
BANTUAN AWAL IPT 2021 2
BANTUAN AWAL IPT 2021

Semua Salinan di atas wajib disahkan terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan,Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, Penghulu) atau Imam/Penolong Amil bagi kariah masjid.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati