Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cikgu Izzul Kongsi Apa Perlu Buat Jika di Panggil Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

PTD
PTD

Temuduga Pegawai Tadbir & Diplomatik PTD M41 dah panggil calon tapi anda tak tahu nak buat apa? Relaks mari kita baca perkongsian terbaik yang pernah saya baca mengenai peperiksaan PTD ini. Ianya perkongsian ringkas tapi sedikit sebanyak dapat beri kita gambaran menyeluruh mengenai exam PTD M41 ini.

Oh ya, sebelum itu, pasti ramai yang nak tahu siapa Cikgu Izzul ini. Ok jangan terkejut ok, Cikgu Izzul adalah satu-satunya cikgu di Malaysia yang telah layak ke Piala Dunia VPG 2021 selepas menjuarai VPG ASIA CUP 2020 baru-baru ini. Kisah penuh disini.

Perkongsian Pengalaman & Tips Exam PTD Gred M41 oleh Cikgu Izzul

Daripada 144828 calon ke 2047 sahaja. Bunyi menakutkan bukan? Sabar jom kita baca perkongsian Cikgu Izzul ini.

Alhamdulillah.
Syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan apa yang terbaik buat hambaNya.

Pengenalan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Aku bagi pengenalan sikit jawatan PTD memandangkan ramai bertanya. PTD ialah pegawai tadbir dan diplomatik. Tugas PTD ialah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Nampak tak, baca tugas pun dah pening apa lagi yang menjawat jawatan ini.

Bagi aku PTD ini unik sebab bukan semua ditakdirkan jadi PTD sebab ada 5 tapisan sebelum kau dilantik.

Apa Step dan  Tapisan Utama Untuk di Lantik Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik

1) Ujian Atas Talian
Terdapat 3 bahagian untuk soalan exam atas talian ini.

  • Pengetahuan Am
  • Penyelesaian Masalah ( Matematik ) dan
  • Bahasa Inggeris.

Komen admin : Untuk tahun ini, exam akan diadakan pada 27 Ogos 2020 iaitu jatuh pada hari Khamis dan untuk menjawab soalan ini, anda boleh dapatkan rujukan di sini.

[DAPATKAN RUJUKAN EXAM 2020 : PEG. TADBIR & DIPLOMATIK GRED M41]

Pengetahuan Am kena A+++. Sebab soalan yang ditanya itu, memang bukan luar kotak, bahkan kotak pun tak ada. Hahahahaha

2) Ujian Kecergasan
Baiklah, selepas lulus ujian atas talian kini tiba pula ujian kedua iaitu ujian kecergasan. Untuk lulus ujian ni, kau kena Fit. Sebab ramai sangkut di Beep Test. Nasib baik umur dah 30, jadi nak lulus tu level 5. Tapi kalau anda umur 30 tahun ke bawah kena level 7. hihihi

Komen admin : InsyaAllah jangan risau. Ada tips dan info mengenai beep test ini. Untuk ujian PTD tahap 2 (ujian kecerdasan ini) anda boleh baca tips hadapi Beep Test atau Ujian Larian Ulang Alik 20 Meter ini disini.

[Apa itu Beep Test untuk Ujian Kecergasan Pegawai Tadbir Diplomatik M41]

– Ujian Nadi dan BMI – Ujian Genggaman, Jangkauan Melunjur, Sit up, Push up. – Bleep Test

3) PAC (Assessment)
Sini sebenarnya peringkat yang ramai terkantoi. Ada beberapa perkara yang calon semua perlu tahu dengan details. Antara yang dinilai pada PAC ini ialah :

  • Penulisan esei BM dan BI
  • Pengucapan Awam BM dan BI
  • Perbincangan Kumpulan BM dan BI dan yang terakhir sekali….
  • Aktiviti kumpulan

Di peringkat ini, calon kena tonjolkan diri secara berhemah. Sebab dinilai dari bermula pendaftaran jam 8 pagi sampai habis sesi berkumpulan jam 5 petang. Public Speaking aku seorang je pegang nota di tangan dan Pegawai SPA tegur untuk potong markah. Redha je la. Dari tiba-tiba blank otak tak dapat cakap. HAHAHAHAHA

Perbincangan Kumpulan ialah paling manis bagi aku, kami dapat Tajuk : Antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar, yang mana lebih utama. Oleh sebab aku la paling tua, aku minta untuk jadi moderater, ini markah lebih! hihihi

Perbincangan berjalan lancar, waktu ni masa kau untuk menonjol secara berhemah, tak boleh potong point orang lain, tak boleh potong orang lain bercakap.

Nak jadi cerita, aku buat kejutan dengan mengakhiri sesi dengan ayat

“Oleh sebab itu, kita tidak boleh melupakan kemajuan dan kita tidak boleh meninggalkan alam sekitar, kita bergerak seperti jarum, perlahan, menyakitkan tapi menyatukan dari bergerak seperti gunting, laju tapi memutuskan”

Berdiri panel SPA tepuk tangan. Hahahahaha.. Dan syukur lulus PAC dengan markah yang tinggi.

4) Temuduga
Ini urusan terakhir sebelum kau ke menjadi Kadet PTD. Alhamdulillah menjadi calon pertama ditemuduga Datu Hajah Sutin. Datu Hajah sungguh pemurah senyuman, sesi aku berjalan sangat lancar. bergelak tawa. Dalam otak pengetahuan am kena penuh laa. Perlembagan Malaysia, Brexit, IR 4.0, Wawasan Kemakmuran Bersama 2020.

Dan alhamdulillah, aku berjaya sampai ke tahap ke 4 sahaja. Tahap terakhir ialah Diploma Pentadbiran Awam di INTAN selama 10 bulan.

Secara tersurat, ya aku tidak berjaya.
Secara Tersirat, Allah tahu aku tak mampu tinggalkan isteri berjuang seorang menjaga 4 orang anak di Sandakan keseorangan.

Syukur, Allah beri yang terbaik untuk hambanya. Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita minta.

Pola kemasukkan tahun ni ramai yang belum berkhidmat di sektor kerajaan. Ada yang 4 kali temuduga baru diterima tahun ni. sebab tu PTD sangat unik.

Terima Kasih kepada senior yg hebat Tuan Mohd Azhan yang guide dari exam sampai interview. Tak dilupakan Kak sepupu yang dah berkhidmat di dunia PTD selama 13 tahun!

Tahun depan cuba lagi????
kalau Adam takde adik.. ON je!
HAHAHAHAHA

yang nak join tahun depan?
Jom sama-sama jawab exam online.

Apa Contoh Soalan Exam atau Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Sebenarnya banyak contoh soalan-soalan peperiksaan online bagi jawatan pegawai tadbir diplomatik ini boleh diperolehi di internet. Namun, seperti yang anda lihat sendiri kualiti soalan-soalan yang diberikan adalah sangat kurang berkualiti dan tidak menepati tahap peperiksaan PTD langsung. Apatah lagi untuk anda dapatkan rujukan dan nota khas bagi exam PTD Tahun 2020 ini.

Namun begitu, jangan pula gelisah kerana sebenarnya ada rujukan premium khas untuk peperiksaan yang bakal anda hadapi pada 27 Ogos 2020 nanti.

Untuk Tempahan awal melalui email, anda boleh klik pada gambar diatas atau boleh tekan pada link yang diberikan dibawah. Ingat, untuk tempahan awal ini, anda hanya perlu masukkan beberapa butiran yang diperlukan terutama nama, dan email. Tiada bayaran perlu dibuat. Sekali lagi nyatakan, TIADA BAYARAN PERLU DIBUAT untuk tempahan ini. Ianya sekadar memberikan kami senarai untuk kami follow up seawal jam 10:00am pada tarikh 23 Ogos 2020 nanti bila buku ini mula dipasarkan (LIVE). Pada hari tersebut, kami akan hantarkan link belian untuk anda membuat pembelian dengan mudah dan cepat.

Masukkan Email Anda disini : Tempahan Awal Buku Rujukan PTD M41

Dari admin : Join channel telegram ini. InsyaAllah lagi 4 hari sebelum exam, BUKU RUJUKAN TERBAIK EXAM PTD M41 akan dilancarkan. Tak boleh lancar awal2, nanti ramai share secara percuma tanpa rasa bersalah dan mengundang masalah copyright. Yang penting, tak akan nak mulakan kerjaya kita dengan benda tidak berkat??

[DAPATKAN RUJUKAN EXAM 2020 : PEG. TADBIR & DIPLOMATIK GRED M41]

Updated 2023 : Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah Cikgu Izzul yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Segala perkongsian beliau semoga menjadi pahala berpanjangan buat arwah. Amin.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati

Perkongsian terbaik mengenai PTD M41 setakat ini. Dapat mrmbantu ribuan calon untuk lebih faham apa yang bakal mereka hadapi nanti.Cikgu Izzul Kongsi Apa Perlu Buat Jika di Panggil Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41